Kenangan Terindah...

Kenangan Terindah...

Yana & Hafiz

Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

Puding Kastad Pisang Sira

Ai try satu resepi ni ari tu.. Puding kastad pisang. Oh mai.. Syoknya layan..

Resepinya begini;

5 biji pisang berangan yg msak ranum
- potong pisang & goreng menggunakan butter. Goreng sehingga pisang jdi keperangan.

Puding kastad;
1 tin susu sejat
400 ml air
5 sudu besar tepung kastad
2 biji kuning telur
3/4 cawan gula pasir

Kacau kuning telur hingga berbuih, masukkan susu, air, tepung kastad dan gula.

Kacau hingga sebati.

Masak di atas api kecil sehingga pekat berkilat. Angkat dan tuang ke dlm bekas yg telah di letak pisang td. 
Sejukkan.


Wednesday, January 23, 2013

Pizza Roti Gardenia

Ari tu cuba resepi simple ni.. It was a hit!!!
Hubby & Kimie suka sgt..

Resepinya:

Bahan2
6 keping roti putih Gardenia
Sos spagetti bolognese secukupnya
4 pcs sosej yg dah direbus dan dipotong nipis
Sedikit capsicum - potong dadu
Sedikit nenas - potong dadu
Parutan keju mozarella atau cheddar secukupnya

Cara
Sapu sos spagetti pada roti mcm sapu butter.
Susun sosej potong, capsicum dan nenas dn sekata di ats roti.
Tabur parutan keju secukupnya dan bakar dlm oven yg telah dipanaskn pada suhu 120°c selama 10 minit atau sehingga masak.
* suhu oven bergntung kpd perangai oven anda.. U know ur oven better.. :-)

Tuesday, December 11, 2012

Blueberry Crepe

Crepes adalah satu fenomena skrg, esp durian crepes.. maka aku rasa amtla trpanggil utk buat sendiri.

Durian xde.. mls nk beli sbb takut x smpat crepekn da selamat aku keje kan.. lgpon baru nk try buat.. x jadi kang rugi je..

Aku google2 dan jmpa resepi ni.. maaf, lupa blog mane sbb da bukak byk sgt blog psl durian crepe ni..

Utk kulit crepe:
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung jagung
10gm tepung kastad
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
40ml susu segar/sejat
150ml air
sedikit esen vanila
sedikit pewarna

cara:
Campur semua bahan dan kacau hingga sebati. Tapis supaya dpt campuran yg lbih halus.  Masak dlm kuali leper seperti nk msak lempeng. X perlu terbalikkn, angkat setelah crepe kering.

Inti;
1 cawan krim putar yg diputar hingga ental dan gebu - aku guna dairy whipping cream.. patut guna non-dairy whipping cream..
Bluberry filling seckupnya.

Cara buat crepe:
Bentangkan kulit crepe, lapisan licin dibahagian bawah.
Letak fresh cream dan blueberry filling secukupnya di ats crepe dan bungkus dgn kemas.
Sejukkan dan boleh dihidang.

Tuesday, August 14, 2012

Biskut Nestum Madu Crunchy

1 lagi kuih raya yang me dah buat.. ni resepi asal dari pelakon Sheila Rusly.. tp me ubah ikut my own citarasa..


Klu resepi asalnya guna tepung gandum 3 cawan n x guna tepung jagung, n guna gula kaster jer.. pastu dia letak kismis instead of chocolate rice.

So, berikut adalah resepi yg telah saya ubahsuai ikut bahan yg ade kt umah masa tu..

Bahan2:

250gm butter
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula icing
3 cawan nestum madu
2 cawan chocolate rice
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi.
Masukkan tepung dan nestum, gaul.
Masukkan pulas chocolate rice dan uli adunan ikut bentuk yg digemari.
Bakar pd suhu 180 selama 20 minit. (bergantung pd oven - my oven kena msak pd suhu 100 selama 10 minit jer sbb guna api atas bwh n tray itam).

Friday, August 3, 2012

Kek Kukus Buah Gula Hangus

Ni satu lg resepi tradisi keluarga.. mak selalu buat kek ni masa kami kecik2 dulu.. me pernah try buat kek ni, Alhamdulillah jadi dgn elok.. tp me masih x mahir lagi buat kek ni. Maybe klu praktis byk2 kli bru betul2 mahir..

Ni rupa kek yg me buat dlu.. tp pic kurang jelas sbb msa ni pkai handphone camera biasa2 jer..


KEK BUAH KUKUS

Bahan-bahan
500 g mentega
530 g gula caster
70 g gula caster/pasir (untuk dijadikan gula hangus)
600 g tepung gandum*
1 sudu makan soda bikarbonate*
1 camca teh cream of tartar*
(semua bahan bertanda * perlu digaul dan diayak bersama)
2 kotak buah-buahan campur - jemur selama beberapa hari supaya tidak mudah mendap
6 biji telur
1 botol esen oren
½ tin F&N icecream soda
½ tin F&N orange

Cara-cara
1. Masukkan sedikit tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung utk mengelakkan buah dari mendap ke bawah. Jerang air dalam pengukus hingga mendidih utk proses mengukus.
2. Pukul mentega dgn gula hingga berkrim.
3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga sebati, jgn terlalu kembang, masukkan esen oren.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata.
5. Masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit.
6. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
7. Masukkan campuran icecream soda dan orange.
8. Lenser tin kek dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.
9. Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan tutup tin kek dgn aluminium foil atau kain dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam.
10. Kukus selama 4 jam. Jika lepas 1 jam air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh menyebabkan kek terbantut. Setelah masak keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.

Saturday, July 28, 2012

Tat Nenas

Tiap kali puasa, biskut yang wajib dibuat adalah tat nenas. Tak taulah kenapa, tp mmg dr kecik ini la kuih wajib bagi kami 1 family.. mak mesti buat utk raya. Then bila dah kawin ni, keluarga mentua pulak mintak buatkan utk dorang. So tiap tahun mmg wajib buat utk umah sendiri, umah mak n mak mentua..

Disebabkan aku selalu menghilangkan resepi tat nenas aku, maka kali ni aku nekad utk post entry psl resepi tat nenas ni supaya sng aku nk rujuk later..

Resepi ni aku dpt dr beberapa blog, tp aku adjust la sesedap rasa.. maka jadi la resepi ni..

Tat Nenas (90+ biji tat nenas)

Biskut;
250gm butter
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan gula icing
1 biji telur
sedikit pewarna kuning telur
1 sudu teh esen vanila
400gm tepung gandum
2 sudu makan tepung kastad

Cara:
1. Ayak tepung gandum bersama tepung kastad, ketepikan.
2. Putar butter, minyak sapi & gula icing sekadar hingga sebati. Jgn putar sehingga kembang.
3. Masukkan telur, pewarna kuning telur & esen vanila. Putar lg hingga sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Sekiranya terlalu lembik, tmbah sedikit tepung. Sekiranya terkeras tambah sedikit butter.

Jem Nenas;
Me beli jem siap kt kedai barang bakery jer.. :)

Cara gulung tat;
1. Bulatkan jem nenas sebesar biji kana.
2. Picit doh menggunakan acuan tat nenas/semperit, picit spnjang 2.5 inci.
3. Letakkan jem nenas di atas doh nenas dan gulung.
4. Sapukan kuning telur  diatas gulungan tat.
5. Bakar pada suhu 160-170 darjah celcius selama 10-15 minit (bergantung pada oven).

Ini la hasilnya...



Saturday, July 21, 2012

Moist Chocolate Cake With Chocolate Buttercream Frosting

Sebenarnya ni kek tergempar.. sbb nya, mlm tdi dah pukul 12 mlm trckp ngn hubby rasa x sabar nk buat kuih raya (baru puasa seari jer.. da kecoh nk buat kuih raya). Tetiba hubby ckp.. ok jugak.. buat lah ape2 yg patut, kek ker kuih ker.. sbb nk test oven baru tu..
Makanya, aku pon membaking la di tengah2 malam itu...

Resepi pilihan pd masa tu adalah Moist choc cake.. sbb resepi nk xyah guna butter, tp guna minyak masak jer.. yer la, mane la sempat nk lembutkn butter time tu.. kang rosak lak mixer klu putar butter yg keras tu..

Untuk buttercream lak, sepatutnya guna butter & krimwell.. tp sbb krimwell da abis, jd gna butter jer la.. sedap jugak, cma masin ckit.. klu guna krimwell x masin.. tp guna krimwell semata pon x sedap.. msti letak butter jugak. So, berdasarkan pengalaman, guna krimwell separuh n butter separuh menghasilkan buttercream yg lebih sedap dan stabil.

Ni resepi nya dapat dari 1 blog, tp x igt blog mane.. to owner resipi ni, tq byk2 yer..

Moist Choc Cake

Bahan A (diayak bersama)
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikabornat
1 sudu teh baking powder
Bahan B
1 cawan minyak masak/ minyak jagung
2 biji telur
2 cawan gula kaster

Bahan C (campur semua dalam mangkuk lain)
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air
1 sudu teh esen vanila

Cara:
1. Putar telur dan gula hingga kembang. Masukkan minyak masak dan putar lgi.
2. Masukkan Bahan A berselang seli dengan Bahan C, sehingga habis.
3. Putar hingga sebati.
4. Griskan tin pembakar size 9 inci dengan sedikit minyak masak.
5. Bakar adunan kek pada suhu 160 darjah celcius selama 45 minit - 1 jam, atau sehingga masak. (Suhu bergantung pd oven korang la yer, resepi asal kata 170 darjah.. tp sebab ni oven baru maka me kurangkan to 160 degree jer)

Chocolate Buttercream

Bahan2
125 gm butter
125 gm krimwell
1 3/4 cawan gula icing (terpulang, klu nk manis lagi letakla 2 cawan)
5 sudu makan serbuk koko (diayak)
2 sudu makan susu segar
1 sudu teh esen vanila

Cara:
1. Putar butter & krimwell hingga kembang dan putih
2. Masukkan gula icing, putar lg hingga kembang
3. Masukkan serbuk koko dan putar hingga sebati
4. Masukkan esen vanila
5. Akhir sekali masukkan susu segar dan putar hingga sebati.
6. Buttercream sedia untuk digunakan.

Selepas kek sejuk, boleh la sapu buttercream tu & hias sesuka hati :)

Jemput makan..

Sunday, January 22, 2012

Creamy Butter Chicken

I've always wanted to cook this dish, but selalu x berani tkut x jadi..
Yesterday I decided to try... googled the recipe.. improvised it according to my taste..

So, here we go;

Creamy butter chicken

bahan-bahan :

Ayam goreng tepung
2 ketul dada ayam ( ambik bahagian isinya sahaja)
1 biji telur
tepung
serbuk kunyit
garam

Sos
1/2 tin susu cair
1/2 buku mentega
gula & garam secukup rasa
2 tangkai daun kari
6 biji cili padi di hiris - ni boleh ltak lbih or kurang, ikut selera la
sedikit tepung jagung + sedikit air

cara-caranya :

celup isi ayam dalam telur da golekkan dalam campuran tepung, serbuk kunyit da garam. gorengkan isi ayam.. bila dah siap goreng.. toskan dan alihkan.. panaskan butter dan masukkan susu cair, daun kari dan hirisan cili padi.. kacau hingga mendidih.. masukkan gula & garam sesedap rasa.. masukkan sedikit tepung jagung( kasi kuah pekat ckit). kacau tepung jagung tu tadi sehingga sebati.. bila dah sebati, masukkan ayam yang digoreng tadi.. dan siap utk dihidangkan...

Sunday, July 17, 2011

Vanilla Ice Cream

Balance dari whipping cream utk buat choc mousse cake tu ade lg setengah kotak @ 500ml. Cream ni bkn leh simpan lama2 klu da bukak. So dari rosak & terbuang jer, aku pon kreatifkan diri aku utk buat sesuatu ngn cream yg balance ni.

First thing that came into my mind is a no bake cheesecake. Aku mmg minat chilled cheesecake ni. Tapi ade 1 masalah... cream cheese xder lak.. & aku sangat malas nk trun tangga, start kete ke kedai auntie Bake Well kt Sri Gombak tu. So, the next best thing is homemade ice cream.

Aku google resepi kt websites, akhirnya aku ubahsuai resepi2 tu dan dapatla resepi ni;

Vanilla Ice Cream

Bahan2:
500ml whipping cream
2 cawan gula icing
2 biji telur
250ml susu segar
2 sudu besar serbuk gelatin halal
Setengah cawan air
4 sudu besar esen vanilla

Cara:
Panaskan air dengan cara double boiling, taburkan serbuk gelatin ke dalam air dan biarkan hingga gelatin kembang & cair
Setelah gelatin cair dan sebati, masukkan susu segar dan kacau sehingga mendidih sedikit
Masukkan telur yg telah dipukul, kacau sebentar sampai pekat ckit. angkat dan sejukkan.
Putar whippin gcream sehingga kembang, bila da stiff & klu angkat besi mixer tu cream da xmenitik lagi. Masukkan gula icing dan esen vanilla dan putar hingga sebati.
Masukkan campuran, gelatin, susu dan telur ke dalam whipped cream. Putar hingga sebati.
Beku kan.

Adunan ice cream yang belum dibekukan

Da siap.. menjadi ice cream ku..

Kalau nak sedap lagi, pecah2kan biskut oreo dan tabur atas ice cream.. lalalala.. layan..

Chocolate Mousse Cake For Kimie's Birthday

15 Julai 2011, tarikh ulang tahun kelahiran Hakimie yg ke 14.Da besar & handsome da budak ni.. ish2.. anak saper la yg handsome sgt ni kan...

Sebab aku tgh giler buat kek skrg, maka aku dari awal2 lg da berkira2 nk buat sendiri birthday cake utk dia. Kali ni dia mintak Choc Mousse Cake lak, dia xnk Red Velvet.. da boring kata nya.

Kek ni aku buat ikut resepi kt cni.. http://yanascarlett.blogspot.com/2011/01/chocolate-mousse-cake.html

Cuma kat toppingnye aku ubah, aku guna topping fresh cream instead.. & aku x buat white chocolate mousse.. nak keje sng jer kan...

Selepas kek da siap dan disimpan dlm fridge selama 1 mlm, I then ice the cake with the fresh cream topping. Fresh cream ni boleh dibeli di kedai jual brg kek. Peket kecik jer, cma tinggal putar sehingga kembang dan stiff, tidak menitik. Masukkan 1 cawan gula icing dan putar lgi.

Ratakan icing..

Lekatkan sticker ikut suka ati.. nak cari sticker Man U, tp kedai tu xder lak..

Hampir siap..

Da siap...

Hidangan sederhana utk sambutan birthday Kimie.. buat utk family jer.. selain dari kek, aku buat pasta spiral goreng & potato salad.

Kimie.. happy la tu potong kek Upin & Ipin tu.. nampak tak 2 org yg kecik tu.. 2 org tu da aim sticker tu awal2 lgi...

Memang penat, tp berbaloi sbb Kimie happy & dpt kumpulkn mak n my adik beradik mlm tu at my home.. jrg dorang dtg lepak2 camni.

Sunday, May 22, 2011

Kek Red Velvet Perisa Strawberry

Kali ni aku nak cuba buat kek yang tengah pemes sgt nih.. red velvet cake..Tap sebab aku pnh rasa kek ni & aku rasa tastenya biasa jer.. tp klu tmbah paste strawberry mesti lgi sedap kan.. so aku create la resepi aku sndiri.. hehehe..


Resepi nyer aku amik dari blog ni http://irmadilondon.blogspot.com/2010/10/red-velvet-cake.html;

Resepi Red Velvet Cake
Bahan A – Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum – Aku guna tepung naik sendiri
1 tsp baking powder – aku tak guna ni
1/2 sudu teh garam - ni pon x guna
2 sudu makan cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk
2 sudu makan pewarna merah - aku campur ckit perwarna purple.. hehe..
Pilihan kedua – kalau x jumpa buttermilk di kedai leh buat sendiri, campurkan 240ml susu cair dan 1 sudu cuka putih. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
1 sudu makan perisa strawberry - ni aku memandai jer tambah
Bahan D -
1 tsp cuka
1 tsp baking soda
- ni dicampurkan
Pukul butter dan gula hingga sebati dan jadi putih.
Then masukkan telur sebiji demi sebiji, masukkan esen vanilla dan perisa strawberry.
Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci atau klu nk buat 2 lapis tuangla dlm 2 loyang 9 inci yang berasingan. Kalau nak bakar dalam 1 loyang jer, bila da sejuk kena la belah jadi 2 lapis.

Tapi kalau buat cam butter caker biasa jer pon ok.. janji letak 2 sudu serbuk koko.. & cuka putih ckit..

Masak selama 30 minit atau sehingga masak dengan suhu 175 darjah celcius.

Untuk Cream Cheese Frosting lak;

250gm cream cheese
125gm butter
2 cawan gula aising - resepi asal 3 cawan, tp aku x suka manis sgt..
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
Pukul cream cheese & butter sehingga putih.
Masukkan gula aising dan pukul sehingga sebati
Masukkan esen vanila dan pukul hingga sebati.

Cara menghias kek ni lak;

Mula2 potong kek kepada 2 lapis



Pastu letak cream cheese atas lapisan kek ni..


Pastu letak la lapisan yg terakhir, dan sapu frosting tu hingga menutupi seluruh kek. Dan hias la sesedap rasa..

Tadaaa... ni la rupa kek bila da siap dihias..walaupon x kemas sgt but sgt puas ati...


Ni lak rupa kek bila da dipotong.. merah cam baldu merahkan...


Nak cuba buat? cuba lah.. senang jer...



Saturday, February 12, 2011

Tom Yam & Kerabu Sotong

Seperti biasa, I will cook on Saturday or Sunday or both.. kalau kami kuar ke mane2..

Da lama teringin nak masak tom yam tp xde kesempatan. So, minggu ni I decided to try..

Sebenarnyer, I never really like tom yam until i tried tom yam kha ghai or tom yam bersantan ni. Orang kata ni tom yam dari utara Thai.. kalau yg biasa kita jumpa kt gerai2 kt Malaysia ni kabarnye resepi dari selatan Thai... ntah la.. cuma yg aku pasti, kalu gi makan kt restoran Thai yg mahal2 mcm Chakri Palace  or Mandi-Mandi Tamarind Springs, mmg tomyam nyer yg versi bersantan ni la.. Kt restoran bertaraf sederhana mcm Black Canyon or Q-Thai pon tomyam nyer versi ni jugak.. so, betul la kot...

Ari ni, aku buat tom yam ayam sebab hubby x suka udang.. allergic katanyer.. sian lak kan..



Resepi ni I got from various websites, tapi adjust ckit ikut kesesuaian..

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam
5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
lengkuas - dititik (agak2 sukatan)
Sediki belacan (sepatutnyer udang kering ditumbuk halus, tp xder)
3 sudu besar cili kisar
4 batang serai - di titik
paste tom yam - I used Adabi
Jus limau nipis dari 5 biji limau nipis
3 sudu makan sos ikan
beberapa helai daun limau purut
cendawan tiram - klu dapat cendawan straw lgi sedap..
1 kiub ayam
2 biji tomato
1 cawan susu sejat
1 biji bawang besar - dipotong bulat
5 biji cili padi  - ditumbuk pecah2
garam
gula
daun ketumbar - dihiris halus


Cara-caranya

1. Rebus ayam dengan air secukupnya, ketepikan.
2. Kisar bawang putih, bawang merah, belacan. Tumis bersama serai dan lengkuas yg dititik. Setelah garing masukkan paste tomyam.

3. Masukkan bahan tumis ke dalam rebusan ayam. Masukkan juga kiub ayam dan daun limau purut.
4. Masukkan sos ikan, garam, gula, cili padi & jus limau nipis, sesuaikan rasa.
5. Masukkan cendawan diikuti bawang hiris dan tomato. klu nk tambah sayur lain pon boleh..
6. Masukkan susu sejat kacau dan tutup api. Taburkan hirisan daun ketumbar.

Note: lebih ckit lengkuas baru sedap.. mmg besh...

Da siap tomyam ni.. I masak 1 lauk lagi.. Kerabu Sotong pulak.. baru la complete..


Senang sangat nk buat kerabu ni;

Bahan-bahan

5 ekor sotong – potong cincin
1 ulas bawang besar merah – dihiris nipis
2 batang serai – dihiris halus
5 biji cili api – diketuk dan cincang kasar
3 sudu besar sos ikan
1 ½ biji limau nipis - ambil jus nyer
Sedikit daun ketumbar - dihiris
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa


Cara-cara
1. Sotong direbus dahulu hingga masak. Ketepikan.
2. Bancuh gula, sos ikan dan garam terlebih dahulu. Kemudian masuk semua bahan lain termasuk sotong. Perah limau nipis. Gaul rata dan rasa supaya dapat balance masam, manis dan masin mengikut selera.
3. Kerabu ini enak dihidang sejuk.


Pas siap masak jer, x sempat nk kemas2.. hubby & kimie masing2 da amik mangkuk kecik nak ratah tomyam dulu. xperla.. mmg pon masak utk makan kan..

Pas siap kemas dapur, kami pon mengadapla hidangan lunch.. masing2 berpeluh hidung nampaknyer.. hehe..


Saturday, February 5, 2011

My Own Cupcakes ~~~~~~~~~~~~

I like cupcakes... they're petite, pretty & cute!

So, dengan semangat berkobar-kobar today I started my mission..

Dan inilah hasilnyer..................






Here is the cupcakes recipe;

    250gm butter
    210 castor sugar
    270 tepung naik sendiri
    5 biji telur
    1 sudu teh esen vanila

- panaskan oven
- putar butter & gula hingga creamy
- masukkan telur sebiji demi sebiji
- masukkan esen vanila
- masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati
- sudukan adunan ke dalam souffle cup, lebih kurang 1/2 penuh dan bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit atau sehinggga masak.

Ni pulak resepi buttercream;

   250gm krimwell (leh dapar kt kedai brg2 kek)
   500gm gula icing atau secukupnya
   1 sudu makan butter
   1 sudu makan perisa buttervanila (leh dapat kt kedai brg2 kek)

- putar krimwell sehingga kembang dan berkilat
- masukkan mentega, putar
- masukkan gula icing dan putar lgi sehingga sebati
- masukkan perisa buttervanila
- asing kan kepada beberapa bahagian dan warnakan bahagian2 tersebut ikut suka
- hias di atas cupcakes yg da sejuk

Resepi ni aku dpt dr internet dan resepi buttercream dari my friend, watie. cuma i adjust ckit ngn tambah butter n perisa buttervanila sbb bau krimwell tu sgtla off..

I did watch few videos on how to frost cupcakes kt youtube.. tu dpt la belajar sedikit sebanyak cara utk frost a cupcake.

Mmg puas ati eventhough I know I still need to practise more,  at least utk buat adiah bday or ape2 day la, da boleh kot rasanye..



Thursday, January 20, 2011

Chocolate Indulgence Cake

Tetiba rasa teringin sgt nk buat kek chocolate mousse yang ala2 chocolate indulgence tu..
maka aku pon google la sana cni.. dapatla few recipes, xtau la mane yg betul menjadi. Tapi yang pasti mcm sangat leceh dan sah2 akan menggunakan banyak bahan2.. dalam erti kata lain, akan merabakkan poket la tu..

Resepi kek tu aku amik dari blog http://rihannaidzmi.blogspot.com/2010/07/resepi-chocolate-indulgence-cake-ala2_07.html cuma kat mousse tu aku ikut cara 1 chef yg aku tgok kt youtube.. xyah guna double boil, panas trus jer atas api.

Tapi mmg agak leceh nk buat kek ni.. sbb kena beat asing2.. haih.. keje aku beat meringue then cuci mixer, pastu beat whpping cream lak.. pastu cuci lgi.. beat lgi.. huhu..

Resepi camni;

Chocolate Chiffon

Bahan A
30gm serbuk koko (larutkan dgn 120ml air suam)
4 biji kuning telur (telur diasing putih dan kuning)
100gm gula kastor
130gm tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bicarbonate
60ml mentega (dicairkan)/minyak jagung
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60gm gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Satukan bahan A dan pukul hingga kembang menggunakan high speed.
2. Di dalam mangkuk lain pukul bahan B (putih telur) hingga kental guna high speed.
3. Satukan bahan A ke dalam bahan B secara kaup balik. Tuang ke dalam loyang 9" dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
4. Angkat dari loyang dan telengkupkan kek di atas redai biarkan betul-betul sejuk baru di potong kepada 4 lapisan - I potong 3 lapisan jer

Filling : Mousse Coklat Hitam :
200gm chocolate masakan hitam
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor - I guna gula icing
1/2 tbsp mentega
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
1 1/2 tbsp gelatin
50ml air

Cara

1. Panaskan air, taburkan gelatin. Biarkan sehingga larut
2. Masukkan coklat masakan secara kacau sehingga coklat cair, gula api kecil. Selepas coklat cair padam api dan masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair diikuti mentega, gaul hingga sebati. Angkat dan sejukkan.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang telah sejuk kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata.

Filling : Mousse Coklat Putih :
200gm coklat masakan putih
100ml susu segar UHT - I terlupa nk beli susu ni.. so, skip jer la.. tapi jadi gak.. :)
2 kuning telur (di pukul dahulu)
2 putih telur (di putar hingga kembang)
60gm gula kastor
250ml Anchor whipping cream (tawar) - di pukul hingga pekat
2 tbsp gelatin
50ml air

Cara

1. Panaskan air, taburkan gelatin. Biarkan sehingga larut
2. Masukkan coklat masakan secara kacau sehingga coklat cair, gula api kecil. Selepas coklat cair padam api dan masukkan kuning telur ke dalam adunan coklat cair, gaul hingga sebati. Angkat dan sejukkan.
3. Di dalam mangkuk lain, putar putih telur dan gula hingga kembang, kaup balik ke dalam adunan coklat yang telah sejuk kemudian masukkan whipping cream yang diputar, gaul hingga rata. (mousse coklat putih ni boleh disiapkan sehari lebih awal)

Topping Coklat Ganache
150ml Anchor whipping cream (tawar)
350gm coklat masakan hitam
1 tbsp mentega cair
I tambah 1 tbsp madu

Cara:
Panaskan cream di atas api kecil hingga hampir mendidih, padamkan api dan masukkan coklat yg dipotong kecil2, mentega dan madu. kacau sehingga sebati, sejukkan.
** Untuk mendapatkan coklat ganache yang lebih keras tambahkan sukatan coklat masakan lagi banyak lagi pekat teksturnya dan sesuai untuk membuat bunga atau border.

Cara-cara :

1. Potong chiffon kek kepada 4 lapisan. - I potong 3 lapisan jer
2. Lapisan Pertama : Letak kek ke dalam loyang 9" (loose base tin). Tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan.
3. Lapisan Kedua : Letak kek di atas lapisan pertama, tuang mousse coklat hitam di atasnya dan ratakan.
4. Lapisan Ketiga : Letak kek di atas lapisan kedua, tuang mousse coklat putih di atasnya dan ratakan. Sejukkan.

5. Keluarkan kek dari acuan, sapu tipis dengan mousse coklat hitam keseluruh kek dan simpan sekejap di dalam peti sejuk hingga beku. - I x simpan semalaman.. nk cepat..

7. Letak cake di atas wire rack dan tuang topping coklat ganache, biar coklat mengeras baru di hias.
8. Potong menggunakan pisau yang direndam di dalam air panas, lap dan potong kek.
Kek kena sentiasa simpan dlm fridge sbb mousse mudah cair..

ni dia my cake...



Thursday, August 12, 2010

Resepi Tradisi org Lipis

I love to eat masakan kampung!
Well, as someone who used to stay in kampung with her grandmother, haruslah biasa & menggemari masakan kampung. Among my favs are Sambal ikan bilis belimbing rebus & Gulai Tempoyak Sulur Keladi.
The former is not so difficult to make as the basic ingredients are ikan bilis & cili padi.. however, the later is another story.. the sulur keladi is so hard to find nowdays.. kalau cari kt pasar malam, the most u can find is batang keladi! tp, boleh la kan.. dari xder keladi langsung...

So, here I wanna share the recipe.. if u want it to be more spicy.. just add extra cili padi for the extra umphhh..


Sambal Ikan Bilis Belimbing Rebus


Bahan-bahan
10 biji cili padi
1 piring kecil ikan bilis
5 biji belimbing buluh yang direbus dan dituskan
3 ulas bawang merah sedikit minyak masak sedikit garam & gula

Cara-cara
1. Kisar bawang, cili & belimbing hingga hancur
2. Masukkan ikan bilis & kisar lagi separuh hancur
3. Panaskan minyak & tumis bahan blender td....
4. Masukkan garam & gula sesedap rasa
5. Tumis sehingga garing. (kalau nk simpan lama, tumis sehingga hampir kering)

Sunday, May 23, 2010

The New Adventure of Cupcakes with snowy icing frosting

I always want to try making cupcakes with colorful topping.. but I never got a chance to attend any classes. Few weeks ago I bought an icing presser.. but I never used it.

So today, 23/05/10.. I decided to try..



As a 1st timer, I tried using the simplest method of making the topping.. I used the basic royal icing recipe. This topping will hardened when exposed to air, n does not have the buttery taste. So this recipe suits those who dislike the taste of milk or butter.

This recipe also a hit with children.. so if you plan a birthday party for kids maybe you can use this recipe..

Simple royal icing.. (got it from the net)

175 gm of icing sugar
1 egg white
1/2 tablespoon of lemon juice

whisk egg white and add icing sugar. beat again until fluffy. add in the lemon juice to neutralise the eggy taste. beat gain and can add some food colouring.. jgn la plak ltak water colour yer kawan2.. ader plak yg masuk wad nanti..
then apply the topping to your cuppies..

I've to practice more.. the topping still comot.. hehe..




Tuesday, April 20, 2010

Chocolate Cake for Hubby

I baked this cake for my hubby’s birthday celebration last year. Sajer.. wanna test my credibility as a cook.. hehe..

We also threw a small party aka mini open house for raya celebration at the same time. We invited only a small group of friends to come over.. yer la.. the apartment very small, if invited too many people nanti sumer kena berdiri rapat2 plak sambil makan.




The menu were, my version of mee rebus.. i put mashed sweet potatoes, i used the white ones.. u can use the orange potatoes but it could be too sweet.. (rebus dulu yer before mash the sweet potatoes). I also put a secret ingredient.. not ajinomoto ek.. i blended 1 cup of fried kulit udang & added it into my kuah mee rebus. Actually, u can add this secret ingredient (well.. not so secret anymore!) into mee kari, mee jawa.. mee kuah.. ape2 lah.. but mee soto jgn la.. x sesuai.. other than that, resepi sama mcm resepi mee rebus yg biasa.



I also prepared the Triffle Pudding with strawberry jelly topping. This pudding is 1 of my family’s fav dessert. The recipe, almost similar to resepi puding buah kastard.. cuma swiss roll at the bottom & strawberry jelly on top. Memang menggemukkan.. tpi this time i skipped the swiss roll.. x sempat beli :-p



So, this is the recipe of my choc cake.. i got this recipe from my cousin’s wife 10 years ago. Selalu jugak prepared this cake utk my family punyer birthday parties..

So people.. dig in.



Kek Coklat Yana
Bahan-bahan:
250 gm butter
250 gm gula kaster
190 gm tepung gandum
60 gm serbuk koko (ayak bersama tepung gandum)
5 biji telur (size sederhana)
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu makan ovalette
6 sudu makan air

Cara:
Putar gula & mentega sehingga creamy
Masukkan gula kaster dan putar lagi dengan kelajuan sederhana
Masukkan telur sebiji demi sebiji
Masukkan esen vanilla
Masukkan tepung gandum yg telah di ayak bersama serbuk koko, sedikit demi sedikit
Masukkan ovalette dan putar lagi
Masukkan air dan putar sebentar
Masukkan kedalam acuan yg sesuai (loyang bulat size 9) & bakar pada suhu 180◦ C selama 40 minit atau sehingga masak.

Topping:
2 sudu makan butter
½ cawan serbuk koko
1 cawan gula
2 ½ cawan susu cair
½ cawan tepung jagung

Masak semua bahan di atas api kecil sambil dikacau sentiasa. Setelah masak sejukkan dan sapu ke atas kek.