Kenangan Terindah...

Kenangan Terindah...

Yana & Hafiz

Sunday, May 22, 2011

Kek Red Velvet Perisa Strawberry

Kali ni aku nak cuba buat kek yang tengah pemes sgt nih.. red velvet cake..Tap sebab aku pnh rasa kek ni & aku rasa tastenya biasa jer.. tp klu tmbah paste strawberry mesti lgi sedap kan.. so aku create la resepi aku sndiri.. hehehe..


Resepi nyer aku amik dari blog ni http://irmadilondon.blogspot.com/2010/10/red-velvet-cake.html;

Resepi Red Velvet Cake
Bahan A – Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum – Aku guna tepung naik sendiri
1 tsp baking powder – aku tak guna ni
1/2 sudu teh garam - ni pon x guna
2 sudu makan cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk
2 sudu makan pewarna merah - aku campur ckit perwarna purple.. hehe..
Pilihan kedua – kalau x jumpa buttermilk di kedai leh buat sendiri, campurkan 240ml susu cair dan 1 sudu cuka putih. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
1 sudu makan perisa strawberry - ni aku memandai jer tambah
Bahan D -
1 tsp cuka
1 tsp baking soda
- ni dicampurkan
Pukul butter dan gula hingga sebati dan jadi putih.
Then masukkan telur sebiji demi sebiji, masukkan esen vanilla dan perisa strawberry.
Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci atau klu nk buat 2 lapis tuangla dlm 2 loyang 9 inci yang berasingan. Kalau nak bakar dalam 1 loyang jer, bila da sejuk kena la belah jadi 2 lapis.

Tapi kalau buat cam butter caker biasa jer pon ok.. janji letak 2 sudu serbuk koko.. & cuka putih ckit..

Masak selama 30 minit atau sehingga masak dengan suhu 175 darjah celcius.

Untuk Cream Cheese Frosting lak;

250gm cream cheese
125gm butter
2 cawan gula aising - resepi asal 3 cawan, tp aku x suka manis sgt..
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
Pukul cream cheese & butter sehingga putih.
Masukkan gula aising dan pukul sehingga sebati
Masukkan esen vanila dan pukul hingga sebati.

Cara menghias kek ni lak;

Mula2 potong kek kepada 2 lapis



Pastu letak cream cheese atas lapisan kek ni..


Pastu letak la lapisan yg terakhir, dan sapu frosting tu hingga menutupi seluruh kek. Dan hias la sesedap rasa..

Tadaaa... ni la rupa kek bila da siap dihias..walaupon x kemas sgt but sgt puas ati...


Ni lak rupa kek bila da dipotong.. merah cam baldu merahkan...


Nak cuba buat? cuba lah.. senang jer...



Saturday, May 7, 2011

Homemade Sugar Scrub

Pernah dengar sugar scrub?
Kalau tetiba scrub abis & x sempat nak kuar gi beli, leh try homemade sugar scrub ni. Natural sgt... boleh guna gula merah kalau nak scrub yg lebih halus & lembut.. ataupun guna brown sugar (gula perang) utk scrub biasa.

Ni konon2 cam Black Sugar Mask dr Skin Food tu la.. hehe.. ni versi yg murah la..

Bahan2 nyer..

1 sudu makan gula merah atau gula perang - aku guna gula perang sbb xder gula merah.. tapi len kali nk try guna gula merah lak..


sedikit madu.. agak2 la byk mana.. ckup untuk menjadikan gula jd paste..


Ni dia rupanya bila da jadi paste..

Dah siap jadi paste ni, da leh la digunakan as face scrub.. gosok perlahan2.. jgn lak gosok kuat2, kang tercabut kulit muka tu. Dah pas scrub tu, bilas dan cuci la seperti biasa..

My verdict; mmg berkesan.. sbb tu aku da x beli face scrub da.. ni mmg da terbukti sbb masa aku gi buat threading kt Devi Bridal, Devi siap tegur lgi .. dia kata kulit muka aku sgt lembut mcm kulit baby.. hehehe.. terperasan jap aku.. hehehe..

So, cuba la...

Friday, May 6, 2011

Anniversary Dinner at Subak

We've made it to the 2nd year! Alhamdulillah..

To celebrate our 2nd year of marriage, seperti biasa kami raikan ngn romantic dinner & hadiah2. And this year I baked my own version of Red Velvet Cake, konon utk suprisekan hubby bila dia balik dari ofis malam tu.


As for the romantic dinner, we picked Subak.. located at Bukit Lanjan. Dah lama teringin nak gi restoran ni..

It was drizzling when we reached the restaurant, risau jugak if things didn't go as we planned. Tapi nasib baik, everything went well for us.

Restaurant ni terletak di atas bukit, so nak masuk ke restoran ni kena la mendaki bukit ckit yer.. parking pulak, sila lah park di tepi2 jalan..
 
 
Ni entrance ke restaurant ni..

Hubby, ngn shirt yg I adiahkan for our anniversary.. handsome kan..

Aku yang tembam..

Nama minuman ni ialah Amore.. sedap tau..

Starter.. Subak Tomato Bruschetta Sixers

Ala Subak Nasi Goreng With Chicken Satay

Rendang Serai Daging Tulang Rawan bersama nasi & sayur pilihan hubby

Dessert... Es Teller

 
Overall, the food were nice.. esp. nasi goreng tu.. sedap..

View by the pool..


Dan tiba lah masa membuka hadiah.. yey.. yey..

Hadiah-hadiah kami..

Hadiah ke-2 utk hubby..

White gold pendant for me... yey... dpt gak diamond pendant..

The ambience mmg sgt best..

Romantic kan tempat ni..

It was a wonderful night, at a wonderful place.. another happy memory for me.

Happy anniversary to us..


Saturday, April 30, 2011

CEREKA CINTA KITA

'Hi all,

Kindly collect your medical card from me at payroll.'

Ni notification email untuk collect medical card yang aku hantar pada beberapa pekerja DC pada 21 September 2007. Salah seorang daripada penerima email tersebut adalah seorang jejaka bernama Hafiz Nazime Ahmad.

Tak lama pas tu datangla this guy dengan baju melayu kaler peach nyer sambil senyum2 nak amik medical card. Aku buat2 tak tau nama dia.. saja la tanya nama dia.. yer la, tak kan aku nk ngaku tau nama dia kan. Dia kata nama dia Hafiz. Ok, aku pon bagila medical card dia.

Sebenarnya aku kenal dia ni masa training English kt DC somewhere in July 2009. Masa dalam training tu la aku tau nama dia and nama beberapa guys yg cute-cute yg lain. Ngee.. sajer suka cuci mata.. kt DC ramai guys yg cute-cute la jugak masa tu...

This guy yg bernama Hafiz ni pernah tegur aku kt lif few days sebelum insiden medical card tu. Masa tu baru few days puasa. Tak tau la dia menggelabah ke ape bila terserempak ngn aku kt lif tu.. sebab tak pasal2 soalan yang dia tanya aku masa tu, 'Hi.. puasa ker?' Aku tak tau nak jawap camne masa tu, sbb x pernah pulak org yg aku x baper kenal tetiba tanya aku puasa ker idak kan. Sebab aku ni mmg selamba jer kan, so aku jawab, 'ye la puasa.. kan bulan puasa ni!'. Dia cuma sengih-sengih jer masa tu. Hahaha.. aku memang la nak gelak da masa dalam lif tu.

Ok, berbalik pada citer medical card tadi.. selepas that guy amik card dia, dia email aku.. just to say thanks sbb dia da dpt medical card dia. Disebabkan aku mmg suka flirting ckit, aku pon reply email tu.. 'Hey.. nice baju melayu!' Tetiba aku nak gedik la pulak kan.

Dia replied lagi, 'Tq. Ade YM x.. leh borak-borak..'

Biasa memang aku payah nak bgi YM aku kt org, tpi sbb aku tengah mood gedik and flirting, aku pon bagi la YM aku.

Kitorg terus la sambung chat kt YM ptg tu. Borak.. borak dan borak.. then...

Dia tanya aku free x pas keje, sbb tu kebetulan friday kan.. aku ckp la xder plan sbb bila bln puasa aku mmg jadi baik ckit masa tu. Kalau tak, x pernah lagi friday evening aku xder plan.. mesti aku ade jer plan nak gi tengok live band or clubbing or paling2 cikai pon gi lepak kat mamak ngan kawan2 aku.

Dia pon ajak aku berbuka puasa ngn dia ptg tu. Disebabkan aku boring gak xder aktiviti sejak awal puasa tu kan, aku pon say yes jer la.

Kitorg berbuka puasa kat food court Menara Olympia jer (kt opis la tuh), pastu tggu dia abis keje sbb dia kata dia leh anta aku ke kete. Aku parked kete aku kt Terminal Putra, Gombak sbb aku naik LRT gi ofis ari tu & ari2 yang lain. Then masa OTW ke Terminal Putra, singgah la ke Uptown Danau Kota jap.

Balik tu, dia ajak aku kuar lagi malam esok.. and starting from there la, 1 thing led to another..

Selepas hampir 2 years of laughters & tears, drama, drama, drama.. & 1 break-up, akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri pada 2 May 2009.

Tomorrow, 2 May 2011.. maknanya dah 2 tahun usia perkahwinan kami, banyak juga laughters & tears, drama-drama yang telah kami lalui.. yer la kan, bumi mana yang tak ditimpa hujan.. ade masa kami berselisih pendapat jugak, tp sbb we really do love each other.. we still stand strong together.

Happy Anniversary to us!

Tuesday, February 15, 2011

Le Chateau De Puah

14 Feb 2011

We went out for a romantic dinner sebab da lama da x kuar on a date camtu. Kali ni kami pilih tempat yg affordable jer price nyer.. better save the best place for our anniversary kan..

Kami pilih Le Chateau De Puah kat gombak.. dekat ckit ngn umah.. tp mula2 takut gak sesat barat sbb restoran ni bkn tepi jln besar.. kena masuk ke dalam ckit.

Overall, kami puas ati dengan ambience & food. Menenangkan.. & of course romantic.

 Pintu masuk..

Dining area kami


Hubby

We ordered Nasi Bukhari Ayam for hubby & Lamb Chop for me.. drinks pulak, hubby order teh tarik n I ordered jus durian belanda. Sedap....


 Jus durian belanda

 Lamb chop

Nasi Bukhari Ayam

Pas siap makan, kami ordered lak dessert.. hehe.. ni mmg my fav.. xyah suh pon I will order. We ordered Triple Choc Icecream cake.. walla... heaven..


Masa tgh layan makan tadi, terkjut jap bila ade 'pelawat'.. hehe.. si kucing oren yg besar.. siyes besar kucing oren ni.... x tau la ape nama nyer. Tapi tauke kedai tu ckp, dia mmg suka kambing. So, klu nk jmpa kucing ni, bila gi sana nti order la lamb.. pasti kucing oren ni akan datang menemani anda..


Restoran ni sesuai utk makan2 ngn family, klu nak table kt pondok ni, kena la buat reservation dulu yer..

Ni pulak map utk ke restoran ni,


Kalau nak buat reservation, ni dia alamat & no teponnya;

Lot 2381,Jalan Puah,Kampung Puah,
3rd Mile Jalan Gombak,53000
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel:03-4024-0787
Hp:012-212-6331,016-212-6331
Fax:03-6189-5721

Saturday, February 12, 2011

Tom Yam & Kerabu Sotong

Seperti biasa, I will cook on Saturday or Sunday or both.. kalau kami kuar ke mane2..

Da lama teringin nak masak tom yam tp xde kesempatan. So, minggu ni I decided to try..

Sebenarnyer, I never really like tom yam until i tried tom yam kha ghai or tom yam bersantan ni. Orang kata ni tom yam dari utara Thai.. kalau yg biasa kita jumpa kt gerai2 kt Malaysia ni kabarnye resepi dari selatan Thai... ntah la.. cuma yg aku pasti, kalu gi makan kt restoran Thai yg mahal2 mcm Chakri Palace  or Mandi-Mandi Tamarind Springs, mmg tomyam nyer yg versi bersantan ni la.. Kt restoran bertaraf sederhana mcm Black Canyon or Q-Thai pon tomyam nyer versi ni jugak.. so, betul la kot...

Ari ni, aku buat tom yam ayam sebab hubby x suka udang.. allergic katanyer.. sian lak kan..



Resepi ni I got from various websites, tapi adjust ckit ikut kesesuaian..

Bahan-bahannya

1/2 ekor ayam
5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
lengkuas - dititik (agak2 sukatan)
Sediki belacan (sepatutnyer udang kering ditumbuk halus, tp xder)
3 sudu besar cili kisar
4 batang serai - di titik
paste tom yam - I used Adabi
Jus limau nipis dari 5 biji limau nipis
3 sudu makan sos ikan
beberapa helai daun limau purut
cendawan tiram - klu dapat cendawan straw lgi sedap..
1 kiub ayam
2 biji tomato
1 cawan susu sejat
1 biji bawang besar - dipotong bulat
5 biji cili padi  - ditumbuk pecah2
garam
gula
daun ketumbar - dihiris halus


Cara-caranya

1. Rebus ayam dengan air secukupnya, ketepikan.
2. Kisar bawang putih, bawang merah, belacan. Tumis bersama serai dan lengkuas yg dititik. Setelah garing masukkan paste tomyam.

3. Masukkan bahan tumis ke dalam rebusan ayam. Masukkan juga kiub ayam dan daun limau purut.
4. Masukkan sos ikan, garam, gula, cili padi & jus limau nipis, sesuaikan rasa.
5. Masukkan cendawan diikuti bawang hiris dan tomato. klu nk tambah sayur lain pon boleh..
6. Masukkan susu sejat kacau dan tutup api. Taburkan hirisan daun ketumbar.

Note: lebih ckit lengkuas baru sedap.. mmg besh...

Da siap tomyam ni.. I masak 1 lauk lagi.. Kerabu Sotong pulak.. baru la complete..


Senang sangat nk buat kerabu ni;

Bahan-bahan

5 ekor sotong – potong cincin
1 ulas bawang besar merah – dihiris nipis
2 batang serai – dihiris halus
5 biji cili api – diketuk dan cincang kasar
3 sudu besar sos ikan
1 ½ biji limau nipis - ambil jus nyer
Sedikit daun ketumbar - dihiris
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa


Cara-cara
1. Sotong direbus dahulu hingga masak. Ketepikan.
2. Bancuh gula, sos ikan dan garam terlebih dahulu. Kemudian masuk semua bahan lain termasuk sotong. Perah limau nipis. Gaul rata dan rasa supaya dapat balance masam, manis dan masin mengikut selera.
3. Kerabu ini enak dihidang sejuk.


Pas siap masak jer, x sempat nk kemas2.. hubby & kimie masing2 da amik mangkuk kecik nak ratah tomyam dulu. xperla.. mmg pon masak utk makan kan..

Pas siap kemas dapur, kami pon mengadapla hidangan lunch.. masing2 berpeluh hidung nampaknyer.. hehe..


Saturday, February 5, 2011

My Own Cupcakes ~~~~~~~~~~~~

I like cupcakes... they're petite, pretty & cute!

So, dengan semangat berkobar-kobar today I started my mission..

Dan inilah hasilnyer..................






Here is the cupcakes recipe;

    250gm butter
    210 castor sugar
    270 tepung naik sendiri
    5 biji telur
    1 sudu teh esen vanila

- panaskan oven
- putar butter & gula hingga creamy
- masukkan telur sebiji demi sebiji
- masukkan esen vanila
- masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati
- sudukan adunan ke dalam souffle cup, lebih kurang 1/2 penuh dan bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit atau sehinggga masak.

Ni pulak resepi buttercream;

   250gm krimwell (leh dapar kt kedai brg2 kek)
   500gm gula icing atau secukupnya
   1 sudu makan butter
   1 sudu makan perisa buttervanila (leh dapat kt kedai brg2 kek)

- putar krimwell sehingga kembang dan berkilat
- masukkan mentega, putar
- masukkan gula icing dan putar lgi sehingga sebati
- masukkan perisa buttervanila
- asing kan kepada beberapa bahagian dan warnakan bahagian2 tersebut ikut suka
- hias di atas cupcakes yg da sejuk

Resepi ni aku dpt dr internet dan resepi buttercream dari my friend, watie. cuma i adjust ckit ngn tambah butter n perisa buttervanila sbb bau krimwell tu sgtla off..

I did watch few videos on how to frost cupcakes kt youtube.. tu dpt la belajar sedikit sebanyak cara utk frost a cupcake.

Mmg puas ati eventhough I know I still need to practise more,  at least utk buat adiah bday or ape2 day la, da boleh kot rasanye..