Kenangan Terindah...

Kenangan Terindah...

Yana & Hafiz

Friday, September 30, 2011

Our New Nest ~ Laguna Biru Apartment

After 2 year of marriage, terasa pulak nak duduk rumah sendiri. Mmg la I already have an apartment in Tun Teja that I rent it out now, but kami rasa x sesuai utk kami stay kt situ atas sbb2 tertentu.. mostly about my past life la..

We started home fund few months ago. Tiap2 bln we dump some amount of money utk kumpul deposit 10% rumah yg kami bakal beli. But judging from the amount yg kami put aside every month & the price of properties nowadays.. ntahla berapa tahun lagi baru kami dpt beli rumah yg sesuai.

1 day a long lost friend, Juliana added me at facebook, my primary school mate.. then when I browsed her profile I found out that she's working as a property agent with IEC Property. Then mulut ni gatal lak menanya ade ker apartment murah2 utk dijual.. sekali Ju kata ada banyak... Aku pon terus la excited.. macam la duit da ckup sgt kan..

Ju pon told me about Laguna Biru, apartment yg terletak berhampiran Tasik Biru, Kundang. Sebenarnye xla jauh sgt dr sungai buloh & damansara.. dalam 10 minit jer nk sg buloh & 20-30 minit utk ke damansara, klu traffic ok.. klu traffic x ok.. x tau la baper jam.. Ala.. klu nak kira jem, mane2 pon jem skrg ni.. lama2 biasa la.. lgpon umah skrg pon jem gak.. tp umah sewa jer.. so, klu jem2 pon tp umah sendiri puas ati beb..

Ju ajak kami gi tengok rumah contoh on 17th Sep ari tu..

Ni la ruang tamu dan ruang makan rumah contoh.. cantik.. i likeeeeee...


Ni lak bilik tidur utama, ada bilik air sekali.. best.. best..

Bilik tidur ke-2..

Bilik tidur ke-3 pon agak besar.. lebih kurang sama ngn bilik kedua..

Dapur.. dapat kabinet dapur & alarm percuma sbb tgh offer.. tp kabinet camne x tau la.. tu SPNB nti buat pas dpt kunci..

Pelan lantai.. kitorg choose type B, keluasan binaan 850 kaki persegi

Ni pemandangan dari luar


Hati sudah jatuh centa!!!! Ju kata bayar RM250 jer utk booking rumah & sebahagian dari 1% deposit.. pastu leh apply loan, pas loan da approved kena bayar RM800+ lagi sebagai balance dari 1% deposit tu.

Sebab kami entitled to 7% bumiputera discount, maka kami cuma perlu bayar total deposit sebyk 3% jer. 1% perlu dijelaskan selepas loan diluluskan utk mendapatkan S&P bgi tujuan pengeluaran duit EPF.. yang lg 2% tu boleh bayar selepas dapat duit EPF tu.. ni kalau loan dapat 90% MOF la.. klu dpt 80% jer, kena la bayar 13% deposit..

Kami pon nekad terus booked ari tu jgak. The very next day kami terus submit loan application. Cuak jugak klu x dpt loan.. tapi mmg da rezeki kami agaknya.. x sampai 2 minggu RHB call kami bgitau loan da approve 90% & boleh datang sign offer letter.. Alhamdulillah...

Jika semuanya berjalan lancar, Insya Allah dalam bulan feb or mac 2012 kami da leh pindah umah baru..

Ini lah bakal rumahku syurgaku bg kami.. wlupun x besar sgt tp ckup la utk kami.. pasni klu ade rezeki nak kumpul duit utk beli tanah kt kg hubby lak..

Friday, August 19, 2011

My TTC Journey - 2WW

Selepas dpt suntikan HCG tu, I assumed that I've ovulated dalam masa 3 ari selepas suntikan tu. Then the 2WW (2 week waiting) began.

Selalunya my cycle dlm 25 ari jer.. kali ni da ari ke 26 pon still no sign of the wicked Aunt Flow. Aku cuba maintain cool, sbb xmo harap sgt kan.. wlupun dlm ati sudah ade berbunga hrapan ckit..

Tapi pd ari ke 27, da ade spotting ckit, I knew la yg AF is announcing her arrival.. tension tol..

Pada ari 28 dia pon dtg seperti biasa.. dan aku seperti biasa geram jugak, tp idak ler kecewa menonggeng lak. After all, ni kan bru 1st cycle kitorg buat treatment kan..

Unfortunately, cycle ni xleh buat treatment due to Ramadhan. Klinik O&G Hospital Selayang mmg tidak mnjlnkn rawatan kesuburan kepada pasangan muslim di bulan puasa atas sbb2 tertentu. Kami terpaksa la akur wlupun rsa kecewa sbb cycle ni terbuang jer..

However, kitorg akn try seperti biasa even without the help of clomid & HCG shot.. nak x nak, idup mesti diteruskn kan..

Tuesday, August 2, 2011

Lelaki Lebih Ramai Dari Perempuan - Fakta

Saper cakap pempuan lagi ramai dari lelaki? Saper cakap???

Sebenarnya berdasarkan keputusan Banci 2010, kaum lelaki lebih ramai dari kaum pempuan kt Malaysia nih. So, mane2 lelaki yg duk ckp kena pasang 2-3 tu sbb pempuan lbih ramai adalah tidak benar!

PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.


Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini, Rabu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.

Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Nor Mohamed berkata laporan terperinci mengenai bancian itu merangkumi kedudukan demografik, kelahiran, umur, jantina, etnik, bandar dan luar bandar pula akan dimaklumkan mulai Julai tahun depan.

Katanya Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus.

Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.

Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk.

Nor Mohamed berkata penurunan kadar pertumbuhan penduduk adalah sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara maju lain disebabkan beberapa faktor termasuk tumpuan kepada kerjaya.

FAKTA PENTING..!!

Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding 3 peratus pada tahun 2000.

Pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju," katanya.

Ibu Khairul Fahmi Anggap Tiada Jodoh

Ni plak penjelasan dari ibu KFCM..


KOTA BHARU: Ibu penjaga gol sensasi kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, menyifatkan keputusan anaknya memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, sebagai takdir.

Bidah Ibrahim, 53, berkata jodoh anaknya dengan Elia tidak kesampaian kerana mereka tiada jodoh.

“Tidak ada apa yang perlu diperbesarkan (mengenai hal putus tunang itu).

“Jika pertunangan mereka hanya setakat ini saja, saya anggap mereka tiada jodoh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, di sini, semalam.


Bidah mengulas keputusan Khairul Fahmi atau popular dengan panggilan Apek memutuskan pertunangannya dengan Elia selepas bertunang pada 17 Mei lalu.

Semalam, Metro Ahad melaporkan di sebalik kecemerlangan menjaga gawang gol, Khairul Fahmi memendam rasa sehingga memutuskan pertunangan dengan Elia. Khairul Fahmi turut menafikan kemelut itu berlaku angkara orang ketiga iaitu seorang gadis dikenali dengan nama Dahlia.

Menurut Bidah, sehingga kini, dia belum berhubung dengan keluarga Elia dan menyerahkan kepada Khairul Fahmi untuk menyelesaikan masalah itu.

“Tidak banyak boleh saya perkatakan kerana semuanya saya serahkan kepada Khairul Fahmi.

“Saya memang tahu anak saya dan Elia ada sedikit masalah, tetapi tidak mahu mencampuri hal mereka dan yakin Khairul Fahmi bijak menyelesaikan masalah dan mampu membuat keputusan yang tepat,” katanya.


Bidah berkata, dia tidak tahu mengenai dakwaan kemunculan orang ketiga yang menggugat hubungan anaknya dengan Elia, malah tidak mengenali siapa Dahlia seperti dilaporkan akhbar.


“Saya pun dapat tahu cerita mengenai dakwaan (kemunculan) orang ketiga dan (kemunculan) nama Dahlia itu menerusi akhbar.


“Apapun, saya tidak dapat menjelaskan situasi sebenar kerana segala persoalan, Khairul Fahmi saja yang boleh jawab, lagipun buat masa sekarang dia tidak bersama keluarga kerana sibuk dengan kerjayanya,” katanya.-metro

Khairul Fahmi & Elia - Angkara Orang Ke-3

Aku terpanggil nak share psl ni.. sbb rasa sian kt si Elia ni.. xper la dek yer.. anggap la da xder jodoh.. & anggap la ni sebenarnye a blessing in disguise..
Jika benarla mereka berpisah, nampak nye sorang lgi menurut jejak langkah Mawi, yg amik keputusan utk putus tunang pas da jadi STAR..


Ni citer dalam metro ri tu;


KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.


“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.


p/s: dapatkan senaskah HMetro utk membaca selanjutnya tentang pengakuan ibu KFCM tentang isu ini.

credit sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/2011080100314320110801003143/Article

Saturday, July 30, 2011

My TTC Journey - HCG Shot

On Friday 29th July 2011, we went to Hospital Selayang to do the follicle scanning on CD 10 (ari ke 10 period).

Tujuan scan ni adalah untuk monitor perkembangan follicle atau telur selepas pengambilan clomid. Clomid akan meransang pengeluaran telur, so doctor perlu monitor samada ade pengeluaran telur atau tidak, & jika ade, doctor nk monitor perkembangan size nyer.

Malam tu aku survey2 jugak blog2 citer psl clomid & follicle scanning.. ade jugak yg berjaya mnghasilkn telur yg elok wlupun ngn dos clomid yg rendah.. ade jugak yg xdpt hasilkn telur wlupun dos plg maximum. Ni buat aku cuak & risau.. risau klu scan2 tgok xder ape2.. sedih la.. tp incik hubby ckp, klu xde telur kali ni, next cycle leh cba lg ngn dose lbih tggi.

Sbb ni cycle pertama, doctor bg dos plg rendah jer, 50mg utk permulaan. Aku pn x pasti berkesan ke x, sbb mane la aku tau ape jd kt dalam tu kan..

Pas tggu baper lama, doctor pon pnggil masuk n suh baring kt atas katil tempat nk scan tu. Aku da bersedia mental utk terima berita buruk.. Sekali dgr doctor ckp.. 'Ni ada 1 yg besar.. kt sebelah kanan'. Aku terus rasa bersyukur sgt.. ilang da kebimbangan ckit..

Doctor scan sebelah kiri ovari lak, dia kata ade few eggs, tp x ckup besar lgi.. tp sbb they need 1 egg jer, so yg sebelah kanan da ade yg bersize 18mm.. da ckup la tu utk cycle ni. Doctor kata telur dianggap bersaiz sesuai utk ovulation adalah dalam size 18-23mm.

Doctor pon arahkan nurse utk beri suntikan HCG, iaitu sejenis hormon yg akan memaksa the follicle to rupture atau sng citer, telur tu menetas dan keluar ke tube fallopian utk disenyawakan.

Selepas suntikan ni, doctor kata ovulation akan berlaku anytime dlm masa 12-36 jam dr masa suntikan tu. Doctor kta untuk meningkatkn peluang hamil, kna la buat apa yg patut dalam masa 3 ari tu.. wink wink..

Sehari lepas suntikan tu, aku rasa agak x selesa kt perut.. rasa cramp mcm nk period tu.. aku pon xtau apa yg jadi sebenarnye, tp hrp2 la tu tnda ovulation..

Aku berharap kali ni berjaya la.. tp jika x berjaya, xper la.. kami redha dan akn cuba lagi..

My TTC Journey - 2nd Visit to OB-GYN

After the HSG test, I was scheduled to see the gynae on 14th July 2011. Hubby pon buat sperm test at Path Lab sbb kt Hospital Selayang xder slot until after raya nti.

Kali ni doctor lain yg review, friendly la ckit dr doctor ri tu..

Doctor kata result sperm hubby tu ok, cma dia dimnta kurangkan smoking klu nak lagi ok. Dia jugak kna mkn vitamin e & c.

As for me, doctor kta xder msalah besar sbb sumer ok except for sedikit homon imbalance jer. So, dia prescribe la Clomid (Clomiphene) utk merangsangkan pengeluran telur.. bkn telur ayam yer dek non..

Clomid tu kena mkn dr ari ke-2 period hingga ari ke 6. Thn pda ari ke 10  period aku kena datang untuk follicle scanning or scan telur.. ha.. telur pon leh scan.. jgn main2..