Kenangan Terindah...

Kenangan Terindah...

Yana & Hafiz

Friday, August 3, 2012

Kek Kukus Buah Gula Hangus

Ni satu lg resepi tradisi keluarga.. mak selalu buat kek ni masa kami kecik2 dulu.. me pernah try buat kek ni, Alhamdulillah jadi dgn elok.. tp me masih x mahir lagi buat kek ni. Maybe klu praktis byk2 kli bru betul2 mahir..

Ni rupa kek yg me buat dlu.. tp pic kurang jelas sbb msa ni pkai handphone camera biasa2 jer..


KEK BUAH KUKUS

Bahan-bahan
500 g mentega
530 g gula caster
70 g gula caster/pasir (untuk dijadikan gula hangus)
600 g tepung gandum*
1 sudu makan soda bikarbonate*
1 camca teh cream of tartar*
(semua bahan bertanda * perlu digaul dan diayak bersama)
2 kotak buah-buahan campur - jemur selama beberapa hari supaya tidak mudah mendap
6 biji telur
1 botol esen oren
½ tin F&N icecream soda
½ tin F&N orange

Cara-cara
1. Masukkan sedikit tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung utk mengelakkan buah dari mendap ke bawah. Jerang air dalam pengukus hingga mendidih utk proses mengukus.
2. Pukul mentega dgn gula hingga berkrim.
3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga sebati, jgn terlalu kembang, masukkan esen oren.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata.
5. Masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit.
6. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
7. Masukkan campuran icecream soda dan orange.
8. Lenser tin kek dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.
9. Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan tutup tin kek dgn aluminium foil atau kain dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam.
10. Kukus selama 4 jam. Jika lepas 1 jam air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh menyebabkan kek terbantut. Setelah masak keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.

Saturday, July 28, 2012

Tat Nenas

Tiap kali puasa, biskut yang wajib dibuat adalah tat nenas. Tak taulah kenapa, tp mmg dr kecik ini la kuih wajib bagi kami 1 family.. mak mesti buat utk raya. Then bila dah kawin ni, keluarga mentua pulak mintak buatkan utk dorang. So tiap tahun mmg wajib buat utk umah sendiri, umah mak n mak mentua..

Disebabkan aku selalu menghilangkan resepi tat nenas aku, maka kali ni aku nekad utk post entry psl resepi tat nenas ni supaya sng aku nk rujuk later..

Resepi ni aku dpt dr beberapa blog, tp aku adjust la sesedap rasa.. maka jadi la resepi ni..

Tat Nenas (90+ biji tat nenas)

Biskut;
250gm butter
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan gula icing
1 biji telur
sedikit pewarna kuning telur
1 sudu teh esen vanila
400gm tepung gandum
2 sudu makan tepung kastad

Cara:
1. Ayak tepung gandum bersama tepung kastad, ketepikan.
2. Putar butter, minyak sapi & gula icing sekadar hingga sebati. Jgn putar sehingga kembang.
3. Masukkan telur, pewarna kuning telur & esen vanila. Putar lg hingga sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Sekiranya terlalu lembik, tmbah sedikit tepung. Sekiranya terkeras tambah sedikit butter.

Jem Nenas;
Me beli jem siap kt kedai barang bakery jer.. :)

Cara gulung tat;
1. Bulatkan jem nenas sebesar biji kana.
2. Picit doh menggunakan acuan tat nenas/semperit, picit spnjang 2.5 inci.
3. Letakkan jem nenas di atas doh nenas dan gulung.
4. Sapukan kuning telur  diatas gulungan tat.
5. Bakar pada suhu 160-170 darjah celcius selama 10-15 minit (bergantung pada oven).

Ini la hasilnya...



Saturday, July 21, 2012

Moist Chocolate Cake With Chocolate Buttercream Frosting

Sebenarnya ni kek tergempar.. sbb nya, mlm tdi dah pukul 12 mlm trckp ngn hubby rasa x sabar nk buat kuih raya (baru puasa seari jer.. da kecoh nk buat kuih raya). Tetiba hubby ckp.. ok jugak.. buat lah ape2 yg patut, kek ker kuih ker.. sbb nk test oven baru tu..
Makanya, aku pon membaking la di tengah2 malam itu...

Resepi pilihan pd masa tu adalah Moist choc cake.. sbb resepi nk xyah guna butter, tp guna minyak masak jer.. yer la, mane la sempat nk lembutkn butter time tu.. kang rosak lak mixer klu putar butter yg keras tu..

Untuk buttercream lak, sepatutnya guna butter & krimwell.. tp sbb krimwell da abis, jd gna butter jer la.. sedap jugak, cma masin ckit.. klu guna krimwell x masin.. tp guna krimwell semata pon x sedap.. msti letak butter jugak. So, berdasarkan pengalaman, guna krimwell separuh n butter separuh menghasilkan buttercream yg lebih sedap dan stabil.

Ni resepi nya dapat dari 1 blog, tp x igt blog mane.. to owner resipi ni, tq byk2 yer..

Moist Choc Cake

Bahan A (diayak bersama)
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikabornat
1 sudu teh baking powder
Bahan B
1 cawan minyak masak/ minyak jagung
2 biji telur
2 cawan gula kaster

Bahan C (campur semua dalam mangkuk lain)
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air
1 sudu teh esen vanila

Cara:
1. Putar telur dan gula hingga kembang. Masukkan minyak masak dan putar lgi.
2. Masukkan Bahan A berselang seli dengan Bahan C, sehingga habis.
3. Putar hingga sebati.
4. Griskan tin pembakar size 9 inci dengan sedikit minyak masak.
5. Bakar adunan kek pada suhu 160 darjah celcius selama 45 minit - 1 jam, atau sehingga masak. (Suhu bergantung pd oven korang la yer, resepi asal kata 170 darjah.. tp sebab ni oven baru maka me kurangkan to 160 degree jer)

Chocolate Buttercream

Bahan2
125 gm butter
125 gm krimwell
1 3/4 cawan gula icing (terpulang, klu nk manis lagi letakla 2 cawan)
5 sudu makan serbuk koko (diayak)
2 sudu makan susu segar
1 sudu teh esen vanila

Cara:
1. Putar butter & krimwell hingga kembang dan putih
2. Masukkan gula icing, putar lg hingga kembang
3. Masukkan serbuk koko dan putar hingga sebati
4. Masukkan esen vanila
5. Akhir sekali masukkan susu segar dan putar hingga sebati.
6. Buttercream sedia untuk digunakan.

Selepas kek sejuk, boleh la sapu buttercream tu & hias sesuka hati :)

Jemput makan..

Oven Baru.. Oven Cornell 43 Liter

Mmg dah lama mengidam oven besar camni.. senangkan klu nk buat kuih raya.. rasanya leh bakar 50 biji sekaligus.. xla mcm sblum ni, leh bakar 20-25 biji jer sekali msuk.. penat nk tunggu..

Request ngn hubby.. sambil janji nk jual oven Elba tu & duit jualan nk bagi kt dia.. pastu bila ade duit bayar ckit kt hubby.. ye la, sian dia.. apa salahnya kita kongsi2 bayar kan..

Selepas cari kt beberapa kedai, akhirnya kt kedai SLK di Bandar Baru Sg Buloh me terberkenan ngn oven jenama Cornell size 43 liter.. ade jugak oven Elba size 40 liter.. tp tgok yg Cornell tu mcm lgi best..

Kenapa Cornell??

1. Sebab periuk nasi kami jenama Cornell, org bgi adiah wedding.. masih elok smpai sekarang.
2. Sebab  dapat dua redai (besi jaring2 tu).
3. Sebab dapat dua baking tray.
3. Sebab oven ni ade internal kipas (wlupun x pasti nk guna kipas tu time bila).
4. Harga boleh kawtim dari RM488 to RM399!

Ini lah yang mampu, nk beli panasonic ker mahal sgt lak.. x mampu.. Ala, x semestinya barang jenama Malaysia ni x bagus kan.. dulu oven lama (sebelum oven Elba tu), jenama ntah ape2.. beli pd 2002, tahan lama & me guna sampai 2011.. dah betul2 kong oven tu baru bli oven elba tu..

Ni lah rupa oven baru tu..

Kek Padang Bola Untuk Hakimie

Untuk birthday Kimie pd 15 Julai ari tu aku buat kek arijadi bentuk padang bola untuk dia. Igtkn nk buat kek letak sticker football team, tp kedai tu cma ade sticker barbie, upin ipin & lain2 cartoon.. dia dah 15 tahun, xkn nk bg yg cartoon2 lgi kot..

Kek nye aku buat red velvet cake sepertimana yg direquest oleh birthday boy. Frosting lak, creamcheese frosting yg di kalerkan ijau. Untuk buat rumput2 kt tepi tu, aku guna nozel rumput kecil.

Ini lah hasil nya...

 

Ini pulak pic birthday boy potong kek


Saturday, June 16, 2012

Laguna Biru.. Rumahku Syurgaku ~ Our Nest

Sorry, ni citer yg da super2 lama.. I was busy with other things sampai lupa nk write about this.

As everybody already knew, we moved to our new place in March. I was still in my pantang mode sbb tu I wasn't really involved in the relocation process.

Here are some photos;

The front door grill..



Grill ni kami tempah dari RM Dagang, Kundang. Kami pilih corak berbunga utk pintu dpn dan corak biasa utk pintu sliding dan tingkap. Warna grill pulak kami pilih warna coppper. Total cost utk grill full set + design bunga utk pintu dpn + cat copper adalah RM1,750.. klu kos utk full set design and cat standard cma RM1500 shj.

Ini pulak dalaman apartment yg kami hias ikut citasa kami;




Ni pulak ruang dapur, kabinet ni adalah FOC dari pemaju.. sbb tu camtu jer design nyer.. klu kami yg pilih mmg xdo la camtu kan.. mesti pilih design yg nmpak moden & chic.. tp da org bg pree.. amik jer la..



Alhamdulillah, walaupun cuma apartment kos sederhana tapi rasanya ckup dan selesa utk kami sekeluarga.

Tq hubby kerana merealisasikan impian kita ni.

Sunday, May 20, 2012

Dekorasi Bilik Tidur

Dulu masa menyewa selalu berangan klu da dpt umah sendiri nti nk hias bilik tidur mcm dlm magazine.. mcm ala2 hotel gitu..

Dapat deko camni ker..


Or yang ni ker..


Takpun, yang camni pon da suker sgt...


Sekarang bila da dpt umah sendiri, mula la semangat lagi berkobar2.. nk buat bilik nmpak santek mcm bilik hotel.. Tapi kena la berpijak di bumi nyata..

Pertama sekali, kena tengok keluasan bilik tu. Disebabkan umah ni jenis yg lantai nyer adalah bumbung umah org lain (apartment la tuh..) maka size agak kecik ckit & menyebabkan sukar la nk merealisasikan impian dekorasi tu..

Kedua, perabot dlm bilik tu juga perlu sesuai dgn size bilik tu.. ni agak mencabar bg kami sbb klu setakat 1 set perabot bilik tidur mmg da just nice da.. tp kami perlukan ruang penyimpanan pakaian yg lbih sbb salah sorang penghuni bilik tu asik2 x ckup ruang jer nk simpan baju2 dia.. agak2 saper la kan.. hehe.. jd kami tambah lg 1 chest of drawer.. dan menyebabkan bilik jd lebih sempit..

Ketiga, budget yg ckup.. ni jugak 1 masalah.. sbb budget da terspent kt hall & my mini garden (i'll write about my mini garden nti..). So, guna jer la ape yg ade.. nti lah bru nk bli carpet bulu2 utk bilik lak :)

Disebabkan bilik x la besar sgt & perabot pon extra, maka kami trpksa letak kepala katil against the window & trpksa rapatkan katil ke dinding.. I personally don't like that idea tp tu jer yg boleh kami buat at the moment.. maybe nti bila2 sng kami boleh rearrange balik..

Ni ade 1 contoh bilik yg katil katilnyer kt tingkap & rapat ke dinding.. ni contoh jer la..


Disebabkan faktor2 diatas maka at the moment I have to go with this;



Sederhana jer.. tp xper la.. yg penting kna pastikan sentiasa bersih dan kemas kan..