Kenangan Terindah...

Kenangan Terindah...

Yana & Hafiz

Thursday, June 17, 2010

How to calculate your investment's future amount at the maturity date.

Simpanan kita pada hari ini adalah nilai pokok, jika disimpan bawah bantal korang jer.. jumlah tu akn mnyusut dari segi kuasa beli pada 20 tahun akan datang walaupun korang x usik langsung duit tu. ini adalah kerana faktor inflasi, dimana nilai RM1 pd ari ni yg susut nilai nyer sebanyak 1-10% setiap tahun.. so kira la sndiri kalau nk simpan selama 20 tahun.

Tapi hal yg sebaliknyer berlaku jika duit korang tu disimpan dalam bank, ASB, unit trust dan sebagainyer. ini adalah kerana institusi kewangan tersebut akn menggunakan duit korang utk pelaburan dan seterusnyer memberi sebahagian/sedikit keuntungan daripada pelaburan mereka kepada korang sebab korang dah memberi dorang keuntungan dengan cara meminjamkan duit simpanan korang utk dijadikan modal pelaburan dorang. Sebenarnyer, sebagai penyimpan, korang adalah creditor kepada bank dan mereka adalah debtor korang.. Kadar keuntungan yg diperolehi bergantung la kepada amount yg telah ditetapkan oleh bank2 tersebut.. selalunyer turun naik kadar keuntungan atau peratus interest simpanan adalah berkadar songsang dengan kadar BLR (basic lending rate) yg ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia, kadar BLR yg terkini as at May 2010 adalah 6.05% (abis ler.. monthly installment for my apartment loan makin tinggi la jwpnyer skrg ni). Contoh, klu BLR naik, interest simpanan akan trun & vice versa.

Kadar keuntungan bagi simpanan pula adalah berbeza mengikut institusi kewangan dan jenis simpanan tersebut sendiri. Jika saving account biasa, kadar interest adalah sangat rendah tetapi selamat, manakala simpanan dlm bentuk unit trusts pula adalah lebih berisiko tinggi tetapi berpotensi utk memberi pulangan yg lebih tinggi kepada pelabur berbanding simpanan dlm saving account biasa ataupun simpanan dalm KWSP. Bagi pelaburan ASB pula, ianya selamat namun faktor pulangan tidak begitu tetap, bergantung kepada kadar yang ditetapkan oleh pihak yg berkenaan setiap tahun. However, so far kadar yg diberi adalah masih lebih tinggi berbanding dgn kadar keuntungan yg dlm acc KWSP dan jugak SSPN (saya jugak ade account SSPN, pada tahu 2009, kadar keuntungan simpanan SSPN adalah sebanyak 2.5% sahaja, sila rujuk http://www.ptptn.gov.my/c/portal/layout?p_l_id=PUB.1.141)

ok, berbalik pada nilai pokok tadi, jika ade nilai pokok, tentulah ade nilai matang atau future value.. iaitu nilai simpanan korang pada masa kematangan pelaburan korang. dlm erti kata yg mudah, nilai simpanan korang pd masa akn dtg + nilai keuntungan yg korang dapat. jika korang membuat simpanan/pelaburan secara bulanan, suku tahunan, half-yearly or tahunan, ianya adalah satu annuity. Annuity biasa ialah bgi simpanan yg dibayar pd setiap hujung period yg ditetapkan, manakala Annuity Due pula ialah bagi simpanan/pelaburan yg memerlukn korang membuat bayaran pada awal bulan.

So, skrg saya bgi contoh utk dapatkn jumlah matang or future value bagi simpanan bulanan setiap ujung bulan.. contohnyer simpan ke ASB. Simpanan bulanan sebanyak RM100.00 selama 20 tahun, dengan kadar keuntungan sebanyak 7% per annum (ASB 2009 adalah 7.3%).

Ini adalah formula utk dapatkan nilai matang bagi future value of an ordinary annuity;

FVoa = PMT [((1 + i)n - 1) / i]

FVoa= Future value of annuity
PMT = Payment per period
i = Interest per period (% annual rate / 12 payments per year) eg: 0.06 /12 = 0.005
n = Total number of payment period

Example:

PMT RM100.00
i: 7% annual rate/12 payment per year : 0.005833333
n: Every months for 20 years: 12x 20 = 240
Fvoa = 100 x [(((1 + 0.005833333)^240) – 1) ÷ 0.005833333]
Fvoa = 52,092.67
(Note: ^240 bermaksud kuasa 240)
So, bagi simpanan sebyk RM100 monthly selama 20 tahun dgn kadar keuntungan 7% setahun, korang akan dapat sebanyak RM52, 092.67 selepas 20 tahun nanti.

PHOTOGRAPHER & PHOTOGRAPHY: Hafiz & Yana

PHOTOGRAPHER & PHOTOGRAPHY: Hafiz & Yana

This is the link of our wedding 2nd photographer..