Macam mukadimah pantun pulak tajuk entry ni..
Me nk citer psl me tempah cincin perak utk hubby sblum puasa ari tu. Kisahnya bermula bila kami byk dgr psl hukum lelaki memakai cincin suasa putih atau nama lainnya emas putih 375, yang mana hukumnya adalah haram sbb suasa putih mngandungi emas putih. Kandungan emas putih di dalam suasa/emas putih 375 adalah melebihi dari kandungan perak, sbb tu dikategorikn sebagai emas jugak dan tidak boleh dipakai oleh lelaki muslim.
Jawapan pada soal hukum memakai cincin suasa/emas putih ni boleh dilihat di website ini http://ustaznaim.blogspot.com/2010/02/hukum-lelaki-memakai-cincin-suasa.html atau beberapa website lain.
Atas kekhilafan & kejahilan kami, kami telah membeli sebentuk cincin suasa/emas putih 375 di Habib Jewel untuk majlis tukar cincin sewaktu majlis nikah kami pada 2009 dulu. Kami betul2 tak tahu yg suasa pon haram untuk lelaki.
Jadi selepas kami maklum tentang hukum tersebut, kami trpksa lah cari alternatif lain. Kami decided untuk tempah cincin perak design moden utk menggantikn cincin suasa hubby tu. Banyak website kami google, tp mostly design cincin perak nya agak old skool la.. ngn batu2 besar bagai.. hubby mmg x berkenan, katanya mcm org tua. Kalau boleh dia nak cincin belah rotan jer ataupon mcm ala2 wedding band mat saleh tu.
Akhirnya jumpa yg berkenan di mata hubby.. kt sini, https://www.facebook.com/awejusoh?ref=ts
Kami tempah cincin perak design wedding band ngn engraving 3 huruf 'H&Y'.. cuma RM156.00 termasuk poslaju.
Nampak tak initial 'H&Y' tu? Cute kan..
Secara kebetulan pulak cincin ni designnya dkt2 nk sama ngn design cincin tunang me ari tu..
Ni rupanya bila kt jari hubby..
Cincin suasa putih ari tu kami simpan jer buat kenangan.. mmg la me lgi suka tgok hubby pakai yg suasa putih tu, tp bila da melibatkan hukum kenala berkorban.. So, pada yg bakal jadi pengantin tu, jgn lah beli cincin suasa putih utk cincin kawin bakal suami.. tempahlah cincin perak jer.. klu kt tempat kami tempah tu mmg byk design moden & menarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)