Kenangan Terindah...

Kenangan Terindah...

Yana & Hafiz

Saturday, May 5, 2012

BBQ & Steamboat Buffet at D'Manggis Cafe

Yes, I know.. ni citer da lama.. patut dah post awal2.. tp sbb kesuntukan masa maka tangguh la sampai ari ni.

Aku terbaca pasal restoran ni.. & byk sgt review yg bagus yang membuatkan aku bersemangat nk gi. So kami pon buat reservation utk 28 April 2012. Yup, dinasihatkan buat reservation klu nk dtg weekend sbb selalunye mmg penuh.

Restoran ni terletak di Kuang, di jalan ke Sg Plong & Paya Jaras. Kalau dari Bukit Rahman Putra,  sampai simpang 3, masuk kiri menghala ke Kundang. Sampai traffic lite simpang 4 kt kuang tu, sila msuk kiri. Terus jer, kedai tu berada di sebelah kanan.

Keadaan dlm restoran ni nmpk menarik.. nmpak lapang & nyaman..



Pilihan makanan sederhana, x lah sebyk pilihan makanan mcm kt Seoul Garden or Flaming Steamboat.. sesuai la ngn harga yg RM20 per person tu. Tpi wlupon buffet nye x begitu besar, for us sedap. Kuah steamboat nya adalah kuah tomyam, Aku rasa sedap, x perlu letak ape2 sos lg.. hirup kuah tu jer pon mmg da best. Bendir yg direbus dalam kuah ni mmg sedap.

Utk BBQ pulak, ade beberapa pilihan daging yg dah diperap. Ade perap kunyit, black pepper, perap sos itam & lain-lain. Aku suka yg perap kunyit tu, sedap sesuai ngn tekak aku yg mmg x gemar black pepper ni.

Selain dari daging2 dan seafood, terdapat jugak sayur2 & segala jnis ball2.. ade jugak ikan2 kecik yg da diperap dan dibungkus ngn daun pisang, trus leh gril jer.. maap ler, den tak tau nama ikan tu.. tp mmg ikan yg kecik tu jer..ala, mcm bawal yg kecik2 tu..

Ade jugak kuih muih utk pencuci mulut, yang paling aku suka is Sagu Gula Melaka.. susah nk dapat ni kt tempat lain. Ade jugak aiskrim beberapa perisa, cuma syg.. aiskrim ni mcm nk cair ckit. Maybe sbb keadaan panas kt dlm restoran tu. Yer la.. da setiap meja duk bakar membakar, mau tak panas udara dlm tu..

Ni beberapa pics yg sempat snap.. pastu kami dah syok makan sampai lupa nk snap pics lain lgi..






Sorry quality pics sgt teruk.. guna camera handphone jer, lupa nk bwk camera biasa. Ditambah lgi ngn suasan restoran tu yg agak malap, maka pics pon malap la gak..

Will I re-visit this place? Definately!!!!

Ni alamat restoran ni bagi yg berminat nk try;

STEAMBOAT & BBQ @ KUANG, SELANGOR
6.00pm - 12.00tengah malam (midnight)
 
ALAMAT PREMIS PERNIAGAAN
Kafe D’manggis, 254, Batu 17, Lorong Manggis
Kampung Cempedak, Kuang, 48050 Rawang, SELANGOR D.E.
 
GEO-LOKASI
GPS (lat,lon): 3.223024888540774, 101.53295964002609

BUTIRAN NOMBOR TELEFON
Tel.: +603-6038 6844
Cik Min: +6019-233-1973

The Other Story Of My Life

Dalam kegembiraan aku menyambut ulangtahun perkahwinan aku ni, aku teringat kisah lama.. kisah hidupku yang pernah aku lalui satu masa dulu.

Bukanlah tujuanku nak membukak pekung di dada, cuma aku rasa perlu jugak aku coretkan ckit supaya jadi pengajaran kepada org lain terutama pada adik2 yg baru mula nk mengenal hidup.

All my life, I couldn't escape from doing mistakes.. mmg byk sgt kesilapan aku.. but this 1 mistake had changed my life forever...

Kerana kesilapan itu menyebabkan career aku x seperti kawan2 sekolah aku yg lain.. dan pelajaran aku cma setakat peringkat diploma jer. Dan kesilapan tu dah membuatkan aku menderita dulu.

Aku sedar, keluarga aku pon terlalu kecewa dgn kesilapan yg aku lakukan itu. Tapi dah nama pon keluarga, seburuk maner pon aku dorang tetap terima aku semula. Selepas aku dibuang begitu sahaja, keluarga aku terima aku dan Hakimie dgn tangan terbuka. Keluarga aku la jugak yang memberi semangat pada aku utk bangkit semula.

Dari situ aku sedar, restu keluarga itu amat penting. Sukar utk kita hidup bahagia jika tiada restu dr keluarga, terutama dari ibu bapa.

Having said that, klu di tanya adakah aku menyesal? Jawapannye.. Yer, mmg aku menyesal dgn ape yg aku lakukan dulu.

Should I be given another chance to turn back the time, would I change my decision that time? Frankly, I could not find any answer to this.. cause, as much as I regretted my mistake, but there are 2 things that resulted from that mistake, and these 2 things had led me to what I am now.

The 1st thing that I will never regretted is Muhammad Hakimie. Melihat dia membesar dah membuatkan aku x terasa derita yg aku tanggung. Dia lah harta aku yang paling berharga, sumber kekuatan aku selama ni. Wlupun aku menyesal ngn pilihan aku dulu, tp aku tidak pernah sama sekali menyesali kehadiran Hakimie.

Perkara ke-2 pula adalah apa pon yang telah jadi dulu telah secara tak lansung telah mengarahkan aku kepada kehidupan aku skrg. Mungkin jika perkara dulu tak terjadi, aku mungkin hidup bersama org lain.. dan mungkin tak berpeluang utk mengenali Hafiz, yg skrg ni adalah suami ku.

Setiap apa yg jadi tak kira la baik atau buruk, tentu akn ade hikmah di sebalik nya. Walaupon aku menyesal kerana pnh mengecewakan insan2 yg menyayangi aku dan kerana tindakan aku menyebabkan aku tidak mencapai kejayaan seperti mane kwn2 ku yg lain, tp aku tetap bersyukur kerana sekurang2 nya sumer msa silam tu telah mnjadikan aku sepertimana aku sekarang.

Dinner at Two One Grill, Kuang

Ari tu hubby amik pas keje.. perut lapar.. kitorg pon cari kedai mkn msa otw balik dr office.
Pencarian kami sampai kt area umah.. then hubby tnya "Nak try kedai kayu yg ade western food tu x? Ade ikan bakar kt ctu.." Hehe.. nk pancing aku supaya gi kedai mane2 adalah ngn gunakan perkataan ade ikan bakar kt ctu.. sure laju jer aku setuju..

Nama kedai ni Two One Grill, terletak di Kuang. Klu dari Bukit Rahman Putra tu, sampai smpang 3 trus jer ke kiri.. and terus jer ikut jln tu, sampai la jmpa traffic lite selepas Masgenuine. Kt traffic lite ni masuk kiri dan jln trus.. kedai ni da dekat ngn petronas, tp terletak di seberang jalan. Sederet ngn D'Manggis Cafe, cma D'Manggis jauh ke depan lgi..

Ni ruang dalam cafe tu;




Kat sudut ni ade disediakan majalah2 utk dijadikan bahan bacaan pelanggan sementra menunggu makanan mereka dihidangkan.


Dari segi pilihan makanan lak, berdasarkan menu yg diberi, pilihan agak terhad. Hanya ade beberapa choice jer. Makanan kebanyakannya dlm bentuk set, iaitu ade main dish, sayur & minuman. Most of the food adalah masakan ala barat wlupun ade jugak 1-2 makanan melayu seperti set nasi ikan bakar & nasi ayam Two One.

Aku dgn selamba snap pictures menu nya, every pages.. hehe.. budak yg amik order tu kata xper.. mmg selalu org buat camtu.. aku pon ckp la aku nk blog kan psl kedai ni..






Hubby pilih set Nasi Lamb Two One. Set ni datang ngn air sirap.


Aku pulak pilih set Ikan Bakar, tp ikan bakar ni xder air asam.. cuma diberi sambal yg boleh tahan jugak sedap.




Set ni datang ngn iced lemonade;


I would say ok la makanan kt cni.. harga tiap set pon mostly x lebih RM10 per set. Agak berpatutan cuma pilihan terlalu limited.

Adakah kami akn dtg lgi ke kedai ni? Maybe.. sbb masakan boleh tahan & servis pon bagus.

3rd Year Anniversary - Trip To Cameron Highlands

Cepat betul masa berlalu kan.. da genap 3 tahun perkahwinan kami.. Alhamdulillah, segala rintangan berjaya kami hadapi setakat ini. Adat la berumahtangga, sedangkan lidah lg tergigit.. tentu lah ade masa berselisih faham jugak.. tp bila salah seorang di timpa masalah, yg seorg lg akn ttp bersama. Rasanyer tahun ke-3 ni dugaan plg hebat ialah bila kandunganku disahkn sbgai ectopic pregnancy. Hubby menangis jugak selepas pembedahan tu, tp kami sama2 cuba bangkit semula dan redha ngn kejadian tu.

Klu tahun2 sebelum ni kami sambut ulang tahun perkahwinan ngn gi candlelite dinner, tp thun ni kami rsa nk gi somewhere, just the two of us.. kira cam honeymoon la.. pilihan lokasi hubby serahkan to me, so I choose Cameron Highland sbb rasa cam best jer kt ctu..

Kami booked Hotel Equatorial selepas baca beberapa review yg memuaskan ati tentang hotel ni. Kami bertolak dr umah pd 1 Mei 2012, at 10 am. Perjalanan lancar sbb kebanyakan org da nk bergerak blik ke kl time tu. Sampai di Tanah Rata dalam kol 2, tp agak jem maybe sbb ujan. Perjalanan dr Tanah Rata ke Berinchang sepatutnyer 10-15 minit jer, tp disbbkn jem tu jd almost 1 hour jugak. We reached Equatorial around 3pm.

Kami pilih bilik Superior jer;




Selepas check in kami terus ke Pekan Tanah Rata utk lunch.. kami pilih 1 kedai ni sbb ramai org kt ctu.. sedap la kot klu org ramai kn.. I order sup cendawan, mmg sedap.. cendawan nyer gemuk2 & juicy.. x mcm kt kl..


Dah kenyang perut, kami pon jln2 menikmati suasana petang yg nyaman.. konon2 feeling honeymoon la tu..

Tak sah la klu x singgah mnum teh kan.. kami singgah kt Cameron Valley.. mnum sambil menikmati pemandangan indah..

Apa yg istimewa? Ini dia, teh tarik float..


Selepas tu kami ke pasar malam Berinchang. Tp agak kecewa sbb x ramai peniaga mlm tu, yer la.. da rmai pengunjung yg da blik ke tpt msg2.. klu mlm sebelumnye msti meriah kot..




Kami beli ape yg patut dan pastu terus blik hotel utk berehat ;-p

Pagi2 sok, 2 May, kami gi breakfast kt Coffeeshop hotel.. hmmm.. pilihan mkanan ok la kot.. tp x berbaloi ngn harga RM32++ per person. Klu tau baik order room service & have breakfast in bed jer.. lg romantik camtu..

Antara yg kami try;




Kami checked out at 12pm.. agenda nk jln2 n beli pokok n cactus for our mini garden.. & beli ole2 utk family..





Ni pokok2 yg kami beli.. x beli byk sbb ri tu da bli kt Sg Buloh..




Singgah jap kt ladang strawberry..





Tempat menjual sayur2 dan bunga2 di Kea Farm Berinchang;


Ade cendawan & sayur2 goreng serta jagung rebus;


Peringatan yer, klu kt cni kena hati2.. jgn terpedaya ngn penjual yg jual bunga kering kononya boleh tahan sampai 2 tahun. Kami pon tertipu, beli byk utk buah tgn nk bg mak & mak mertua.. ade jugak utk hiasan umah, tp bru 3 ari da nmpk nk layu.. geram sgt..

Ni bunga2 yg kami beli yg mane dikatakn konon leh tahan 2 tahun;


Pas tu singgah mnum teh lagi Bharat Tea sbelum balik..



Seperti tahun sebelumnya, kami ade beli hadiah utk satu sama lain.. tanda kasih sayang kami yg sentiasa berkekalan Insya Allah..

Fresh roses dari hubby. Dia beli ni kt Kea Farm.. murah jer leh dpt bouqet besar camni. Klu kt kl msti mahal ni. Klu kt kl aku mmg xnk la dia beli bunga mahal2.. membazir, baik dia beli brg2 lain for me.. ade jugak faedah. Selalunya klu kt kl, dia akn bg yg 6 kuntum tu.. tu pon da ckup buat aku happy..


Selain dari bunga tu, hubby hadiahkn handbag Charles & Keith. Mmg lama da idamkan handbag Charles & Keith.. dapat jugak.. hehe.. tp sbb da bg hint awal2 brand ape yg I want.. aci x?


Present utk hubby? Tentulah ade kan.. I bought him 18 frets ascoustic guitar. Sebenarnye dia idamkn 21 frets acoustic, tp aku ni mane la reti psl gitar2 ni.. main terjah jer beli. Anyway, he loves it.. ari2 dia belek gitar ni. Katanya nk beli amp pulak so that dia leh plug in gitar ni.


Kesimpulannya, kami rasa gi bercuti ni lg berbaloi dari gi romantic dinner.. sbb byk msa dpt diluangkan sama2.. Insya Allah, tahun2 berikut jika ade kelapangan & budget, kami akn gi ke tpt lain utk celebrate ulang tahun perkahwinan kami.

Semoga rumahtangga kami akan selalu bahagia dan dilimpahkan rahmat.. sehingga ke akhir hayat.. Amin.

I love you Abang..