Entry ni di tujukan khas buat Cik Ida http://bertahtadihati.blogspot.com/ dengan ucapan selamat memilih oven.. hehe..
1st of all, me nk maklumkn kt cni.. I'm not an expert, masih byk yg perlu nk dipelajari lgi. So, entry ni adalah berdasarkan pengalaman dan kajian di beberapa blog tukang masak hebat.. sebagai org yg msih perlu belajar, me paham betapa perlunya ilmu wlupun sedikit utk dikongsi bersama... moga ade yg akan dpt manfaat.
Sebelum anda berlari amik kunci kete & terus menuju ke kedai barang letrik, pertama sekali pastikan ape sebab anda nk beli oven. Adakah untuk baking kek sahaja? Atau untuk baking biskut jer.. atau both? Atau untuk panas lauk, panggang lauk dan sebagainya..
Kalau lebih pada lauk pauk, maybe boleh dapatkan microvawe oven.. ade fungsi microwave, steaming & baking. Antara yg popular adalah jenama Panasonic. Tapi harap maklum yer puan2, harganya tentu lah 'best' jugak kan.. barang baik harga pon baikla kan..
Jika untuk baking kek or biskut, convection oven adalah yang terbaik. If you ask me tentang jenama, tentulah jenama yg reputable lebih baik. Tapi jenama murah2 pon klu kena gayanya, mmg tahan lama.
Selain dari jenis dan jenama, size oven juga perlu diambil kira. Jika tujuan anda beli oven adalah lebih untuk baking kek dan biskut sesekali pd jumlah yg kecil atau anda baru nk mula berjinak2 ngn baking membaking ni, maka oven size18-20 liter pon dah mencukupi. Tpi klu nk beli yg lebih besar pon x salah.. lgi tauke kedai tu suka yer tak.. :)
Seterusnya fungsi yg ade pd oven tu.. ni pon sgt penting ok. Antara fungsi yang perlu ade;
1. Fungsi pengawalan suhu - pilih yang boleh diselaras ikut kesesuaian.. tp skrg sumer oven mesti ade benda nih.. cuma ade yg standard, iaitu sama jer suhu utk pemanasan atas atau bawah.. atau yg membolehkan kita pilih suhu berbeza utk pemanasan atas dan pemanasan bawah. (contoh: suhu utk pemanasan atas rendah dari suhu pemanasan bawah).
2. Fungsi pemanas atas dan bawah - pilih yang ade fungsi boleh pilih pemanasan atas, pemanasan bawah dan pemanasan atas & bawah. So boleh guna ikut kesesuaian resepi. (Tips: utk baking kek, me guna api bawah shj.. utk biskut pulak terpulang pd jenis biskut, ade guna atas bwh, ade yg guna bwh jer.. ni mmg perlukn trial & error utk kenal pasti kerenah oven kita).
3. Fungsi timer - ni pon perlu walaupon me x la rely on timer ni bulat.. kena gak gi cek bila dah rasa mcm dah masak jer biskut or kek tu.. (Tip: set timer kurang 2-3 minit dr masa yg kita jngka, so that kurangla ckit kemungkinan biskut terhangus sbb terlupaaaa nk cek oven.. ye la, kot2 da msukkan biskut trus gi online fb kan.. leka punya psl, tau2 dah hangus biskut tu)
4. Kipas oven - Ni optional. Fungsi kipas ni adalah untuk menjadikan pembakaran lebih sekata, sesuai utk membakar biskut & memanggang ayam. Selalunya oven berkapasiti kecik xder function ni. Tpi jgn risau, sbb kek atau biskut tetap akan jadi wlupon tnpa kipas ni. Jika nk pilih oven yg ade kipas, pastikan kipas tu boleh di on and off bila perlu. Jgn pilih oven yg kipasnya xleh off, iaitu yg auto.. bila on jer oven maka kipas pon on jugak.. ni kerana, utk baking kek x sesuai guna kipas oven sbb kek akn mudah kering. Dan x semua biskut sesuai bakar ngn menggunakan kipas. Sekali lgi, kaedah trial & error diperlukn di sini. (Tip: jika membakar mnggunakan kipas, seeloknya suhu dikurangkan sebyk 20 degree.. sbb kipas tu akn membuat proses pembakaran lebih cpt & sekata).
5. Fungsi Rotisserie (besi pemanggang ayam, boleh buat ayam bakar pusing2) - Ni pon optional. Tp selalunya oven kapasiti besar tentu ade fungsi ni.
Selain dari fungsi2 ni.. bolehla jugak diambil kira perkara extra, seperti berapa tray dan redai yg disertakan. Kebanyakan oven didatangkan dgn 1 tray hitam & 1 redai jaring dgn percuma. As for me, my oven disertakan ngn 2 tray hitam & 2 redai.. & juga 1 alat rotisserie.. (Tip: Jika menggunakan tray pembakar hitam atau loyang pembakar hitam, seeloknya kurangkn suhu sebyk 20 degree, kerana tray & loyang hitam ni lebih cpt menyerap haba thus mnyebabkan kek dan biskut lebih cpt masak/hangus).
Ni lah pendapat me berdasarkan pengalaman yg msih terlalu hijau ni.. harap ade info yg boleh membantu kawan2 :)
Saturday, August 11, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)