Kenangan Terindah...

Kenangan Terindah...

Yana & Hafiz

Friday, November 26, 2010

Tips Untuk Senang Hamil

Aktiviti aku skrg, google pasal cara2 nak senang hamil. Macam2 tips aku jumpa.. dari yang simple, pasal makanan & supplements.. sampaila pada tips yg da agak 18sx ckit. Mane yang aku leh buat.. aku buat la...

Antara tips yang aku jumpa;

1. Amalkan mengambil Folic Acid - ni mmg ari2 aku mkn.. tp makin gemuk ade la.. tp aku baru TTC sebulan.. sebelum ni aku mkn sbb aku sakit.. doc suh mkan.. sabar2..

2. Amik Evening Primrose Oil - Ni pon mmg aku da amalkan berbulan2 lepas.. sbb ramai kta elok utk psoriasis, sendi dan utk awet muda..

3. Makan Omega 3 - Ni pon mmg aku amalkn.. sbb sama seperti sebab no 2 tadi..

4. Calendar Kesuburan - Aku cuba follow calendar kesuburan ni yang aku dapat dari 1 website.. berdasarkan tarikh period aku yang lepas, ni la calendar yang aku kna ikut;


Tapi misi bulan Nov 2010 ni nampaknya terbengkalai sebab betul pada tarikh max fertility da few days after that, hubby demam.. so x dpt la kami TTC...

Lepas dia baik demam, aku pulak la sambung demam.. haih..

5. Minum air rebusan tauge - ni aku lum cuba lagi.. tapi rasa nya aku perlu cuba secepat mungkin!!!

Begini petuanya :

- Ambil segenggam kacang hijau.
- Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge).Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
- Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
- Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
- Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
- Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas)
- Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

6. Berurut dengan bidan atau tukang urut yang pandai menaikkan peranakan/rahim - ni pon aku x buat lagi, tapi aku da plan nk gi minggu depan.. mesti pergi.. mesti pergi..

7. Posisi yang sesuai dan lapik ngn bantal - ha... yg ni mmg kami amalkan.. tp nmpaknya dalam bulan pertama ni xde lgi rezeki.. kami aka cuba lagi! caiyok!

8. Makan banyak buah anggur - aku x buat lagi ni, sbb tadi bru aku jmpa petua ni.. tpi yg ni mmg i like!!!! sebakul pon aku leh abeskan..

9. Minum byk susu tepung full cream - ok.. mmg ade susu tepung kt umah cuma kdg2 lupa nak mnum.. strt ari ni aku akan selalu mnum susu tepung!

Dan aku masih lagi mencari tips2 lain.. ade saper2 yang tips2?

Nota: aku baru start TTC in Nov 2010 walaupun kami kawin in May 2009 kerana masalah kesihatan aku.. I was on medication sebelum ni, & I stopped the MTX in Aug 2010. And according to the doctor, I have to wait 3 months after stopping MTX before I can strt TTC.. so.. in Nov 2010, my mission begins.....

2 comments:

noy said...

my dear friend, nih satu lagi petua saya dapat dari adik saya...boleh laa cuba...

ambik madu dan minyak habatussauda: baca
1. al fatihah
2. akhir surah al baqarah
3. akhir surah al imran
4. 3 kul


lepas tu

1. pagi selepas subuh, baca surrah assoffat
2. mlm sebelum tido baca surah al ma'aarij
3. pagi makan madu asli 1 sudu sebelum makan apa2..(dlm 1/2 jam sebelum)
4. malam sebelum tidur, sapu minyak habatussauda di kepala dan dahi dan sepanjang tulang belakang ke bawah.

saya doakan semoga berjaya..:)

Scarlett said...

tq..
nti saya cuba.. cma nk cari myk habbatussauda tu x tau kt mane... n xtau camne yg asli..