1st July 2011
My HSG test was scheduled on 1st July 2011, but I still have to confirm with radiologist the actual date. Pas AF datang melawat, I terus called them to confirm the appointment on 1st July tu.
Setelah da confirm date.. I refused to check any websites yang ade citer psl HSG test ni. Aku nak bertenang.. kang kalau aku baca2 byk sgt info aku jd stress.
Pada malam sebelum procedure tu aku diarahkan utk makan 8 biji prednisolone.. bagitu jugak pada pagi masa nk buat procedure tu. Prednisolone ni sebenarnya adalah sejenis steroid, & aku diarahkan utk makan sbb I have a lot of allergic history so kena prep ngn prednisolone ni supaya xder la allergic ngn cecair dye yg akan dimasukkan tu..
I went to the hospital with hubby, lama jugak la kami tunggu.. sempat lg gi sarapan kt cafe hospital tu. Then tunggu lagi kt unit radiologi tu.
Bila sampai my turn, they asked me to change into the procedures/surgery robe.. ala.. yg ade tali2 ikat tu. Dan aku dengan kesengalan gi pakai tali tu kt depan.. siap ikat sumer tali2 tu.. pastu jln terpegang2 takut trnampak yg dalam.
Sekali nurse tu ckp.. 'Kak.. baju ni kena pakai ke belakang tali tu..'
Haha.. aku sengih jer la.. then masuk blik changing room tu. Kuar dr changing room tu da trpegang2 baju bahagian belakang.. hahaha.. sib baik sumer pempuan dalam tu..
Then aku diarahkan baring atas tempat utk procedure tu. Masa tu rasa takut sgt2..
Doktor pempuan melayu tu then dtg & briefly explain about the procedure to me. Dia kata maybe akan rasa tidak selesa ckit sepanjang procedure tu, tp dia akn cba utk pastikn tahap tidak selesa tu plg minima.
Speculum akan dimasukkan utk memudahkan proses memasukkan tiub getah/plastik yang akan menyalurkan cecair dye ke dalam uterus & tiub fallopian. Cecair dye tu tujuannye utk membolehkan imej x-ray dirakamkan oleh x-ray machine.
Selepas itu, the doctor told me that she will inject the dye into my uterus & it might cause some cramping or spasm. Dan doktor juga bgitau utk tarik nafas & lepas perlahan2 jika sakit.
To be honest, mmg sakit bila dye tu diinject masuk.. rasa cramping mcm period pain tu.. & cramping yg agak kuat jugak aku rasa, sampai aku cakap sakit kt doktor tu. Sakit tu dlm few minutes jer.. then aku disuruh pusing ke kanan utk x-ray tube sebelah kanan.. pastu pusing pulak ke sebelah kiri utk x-ray tube kiri.
Masa tu mmg rasa senak and cramp ckit.. terasa cecair tu travel ke kanan & ke kiri.. tp xla sesakit masa mula2 doktor inject masuk cecair tu.
Doktor kemudian tunjuk pada monitor, I can see my right tube. Doctor said the dye travel well through the tubes into both ovaries, bermakna tiada blockage whatsoever in my fallopian tubes. Alhamdulillah, sekurang-sekurangnye aku da tau yg uterus & fallopian tubes aku normal, xder tersumbat atau apa2 ketumbuhan yg boleh menyukarkan chances to get pregnant. So, cuma masalah ketidakseimbangan hormon saje yg perlu dirawat sekarang.
Ni gambar HSG test bg result yg normal.. tp ni bkn my test result, ni aku amik dr web lain;
Selepas procedure tu selesai, aku dibenarkan balik kerana xder sebarang komplikasi. Doktor x bagi ape2 ubat, tp she did pesan maybe akn ade ckit spotting, tu mmg normal tp jika ade sakit yg melampau or bleeding yg luar biasa, aku kena segera ke emergency room utk rawatan lanjut.
Selepas tu dalam masa beberapa jam aku masih rasa senak dan x selesa di bahagian abdomen. Hubby panaskan tungku elektronik yg dia belikn dulu tu utk aku guna.. lega la ckit rasanya. By evening, da ok da.. da siap leh gi jalan2 lagi pastu..
So, 14 July nti bru tau apa treatment yg doktor akn buat.. tunggu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment