Resepi nyer aku amik dari blog ni http://irmadilondon.blogspot.com/2010/10/red-velvet-cake.html;
Resepi Red Velvet Cake
Bahan A – Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum – Aku guna tepung naik sendiri
1 tsp baking powder – aku tak guna ni
1/2 sudu teh garam - ni pon x guna
2 sudu makan cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk
2 sudu makan pewarna merah - aku campur ckit perwarna purple.. hehe..
Pilihan kedua – kalau x jumpa buttermilk di kedai leh buat sendiri, campurkan 240ml susu cair dan 1 sudu cuka putih. Biarkan sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
1 sudu makan perisa strawberry - ni aku memandai jer tambah
Bahan D -
1 tsp cuka
1 tsp baking soda
- ni dicampurkanPukul butter dan gula hingga sebati dan jadi putih.
Then masukkan telur sebiji demi sebiji, masukkan esen vanilla dan perisa strawberry.
Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci atau klu nk buat 2 lapis tuangla dlm 2 loyang 9 inci yang berasingan. Kalau nak bakar dalam 1 loyang jer, bila da sejuk kena la belah jadi 2 lapis.
Tapi kalau buat cam butter caker biasa jer pon ok.. janji letak 2 sudu serbuk koko.. & cuka putih ckit..
Masak selama 30 minit atau sehingga masak dengan suhu 175 darjah celcius.
Untuk Cream Cheese Frosting lak;
250gm cream cheese
125gm butter
2 cawan gula aising - resepi asal 3 cawan, tp aku x suka manis sgt..
1 sudu teh esen vanilla
Cara:
Pukul cream cheese & butter sehingga putih.
Masukkan gula aising dan pukul sehingga sebati
Masukkan esen vanila dan pukul hingga sebati.
Cara menghias kek ni lak;
Mula2 potong kek kepada 2 lapis
Pastu letak cream cheese atas lapisan kek ni..
Tadaaa... ni la rupa kek bila da siap dihias..walaupon x kemas sgt but sgt puas ati...
Ni lak rupa kek bila da dipotong.. merah cam baldu merahkan...
Nak cuba buat? cuba lah.. senang jer...
0 comments:
Post a Comment