Kenangan Terindah...

Kenangan Terindah...

Yana & Hafiz

Friday, August 3, 2012

Kek Kukus Buah Gula Hangus

Ni satu lg resepi tradisi keluarga.. mak selalu buat kek ni masa kami kecik2 dulu.. me pernah try buat kek ni, Alhamdulillah jadi dgn elok.. tp me masih x mahir lagi buat kek ni. Maybe klu praktis byk2 kli bru betul2 mahir..

Ni rupa kek yg me buat dlu.. tp pic kurang jelas sbb msa ni pkai handphone camera biasa2 jer..


KEK BUAH KUKUS

Bahan-bahan
500 g mentega
530 g gula caster
70 g gula caster/pasir (untuk dijadikan gula hangus)
600 g tepung gandum*
1 sudu makan soda bikarbonate*
1 camca teh cream of tartar*
(semua bahan bertanda * perlu digaul dan diayak bersama)
2 kotak buah-buahan campur - jemur selama beberapa hari supaya tidak mudah mendap
6 biji telur
1 botol esen oren
½ tin F&N icecream soda
½ tin F&N orange

Cara-cara
1. Masukkan sedikit tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung utk mengelakkan buah dari mendap ke bawah. Jerang air dalam pengukus hingga mendidih utk proses mengukus.
2. Pukul mentega dgn gula hingga berkrim.
3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga sebati, jgn terlalu kembang, masukkan esen oren.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata.
5. Masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit.
6. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
7. Masukkan campuran icecream soda dan orange.
8. Lenser tin kek dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.
9. Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan tutup tin kek dgn aluminium foil atau kain dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam.
10. Kukus selama 4 jam. Jika lepas 1 jam air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh menyebabkan kek terbantut. Setelah masak keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.

2 comments:

Cikda said...

aiseimann.. laki aku punya feberet ni scarlett oii... tapi tu la.. lom ada seruan.. dia je yg suka makan kek buah ni.. aku suka kek secret recipi je.. hehehhe...

ari tu dah start jugak skodeng2 oven.. tapi aku mana le tau asas2 membikin kuih ni.. maka sekadar skodeng jela.. tak tau pilih yg mana.. kalau ko rajin buat la entri pasal pilih oven.. boleh..??

Scarlett said...

klu camtu try la buat pid.. ni xyah pakai oven.. pakai kukus jerrr..
resepi ni aku upload sbb ade sepupu aku kt melaka beria call mak aku mtk resepi.. so aku upload & bg link ni kt dia..
psl oven ek.. aku bknla pakar sgt.. tp aku try la..