Kenangan Terindah...

Kenangan Terindah...

Yana & Hafiz

Monday, July 11, 2011

TRAGEDI 9 JULAI 2011 - BERSIH 2.0

Tanggal 9 July 2011 telah membawa 1 sejarah baru kepada Malaysia.

Perhimpunan oleh parti2 politik negara ini adalah untuk mengemukakan 8 tuntuan mereka terhadap pihak yg berkenaan. Pada yang masih belum tahu apa 8 tuntutan tersebut, jom skrol ke bawah;

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

I have to say, some of these 8 claims are logic and relevant. With or wothout Bersih 2.0, SPR's task is to ensure the voting process is smooth & free from anything that can lead to any suspicions.

Bagaimanapun, I don't agree at all with the street rally or demonstrasi jalanan or perhimpunan haram, be it perhimpunan secara aman or tak aman. It's not suppose to be our culture, memberontak sebegitu, sambil menggunakan kanak-kanak yang masih putih minda nya sebagai human shield. It was so low!

What kind of parents la dorang ni jika sanggup membawak anak2 kecil untuk sama-sama menyertai perjuangan yang mereka sendiri tak pasti akan berakhir dengan aman atau sebaliknya.

Both sides, pihak yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 dan juga pihak kerajaan perlu sama-sama amik iktibar dari apa yang berlaku pada 9 Julai 2011 ni. Masing2 perlu amik mane yg betul dan baik utk dijadikan iktibar dan buang segala yg salah & buruk jauh-jauh.

Pihak Pakatan & peserta Bersih 2.0, find a way to channel your demands. And please bear in your smart minds that not all demands can be entertained. Just look back to your childhood days, I'm sure that there were times when your parents denied some of your demands, but did you protest in front of your neighbourhood?

If you can't remember those days.. what about those demands & expectations that you have towards your employer & your spouse? Did they entertain all the requests?

So, grow up.. life is not just about getting what we want. Life is about trying to live when things are not going according to our ways & hopes!

Bagi pihak kerajaan, they have to learn to listen to the voices of Malaysians. Learn to respect the rakyats. Without your subjects, you wouldn't have your kingdom. Do a self-check to find out what are actually bugging the people.

Lastly, both sides.. please, please understand there is 1 more group (maybe the biggest group) which prefers not to be involved with all these chaos. I am one of them. For me, life is short.. why would I want to waste my short life for this thing.. all I care for is to live my life peacefully with my loved ones.

So please, respect our rights to live in a peaceful country.

0 comments: