Kenangan Terindah...

Kenangan Terindah...

Yana & Hafiz

Saturday, November 26, 2011

Kipas Murah

Ingat lg psl kedai lampu murah kt puchong tu? Tadi kami serbu lagi kedai tu utk beli kipas & water heater utk umah baru kami.

Kami sebenarnye buntu jugak nk bli kipas mane.. ikut ati mmg la nk beli yg murah jer tp pikir2 blik, tkut x sampai setahun da mula buat hal. Tpi nk beli yg mahal sgt, x ckup budget pulak nti.

Bila survey2 kt internet, ramai kata KDK mmg bagus.. Alpha pon ok jugak, panasonic pon bagus. Bingung jugak nk pilih yg mane satu.

Kat kedai tu beberapa jenama lain tp yg kami cuma tya 3 brand yg tdi jer la. Alpha 5 bilah with remote harganyer RM229, panasonic 4 bilah with remote pulak RM227 & KDK 4 bilah with remote RM229. Water heater pulak dari RM329 ke atas utk yg ade booster pump.

Akhirnya ini lah yg kami pilih;


Harganyer pulak;

1. Kipas KDK 4 bilas with remote RM229 each
2. Kipas Alpha 3 bilah with regulator RM99 each
3. Water Heater Joven with booster pump RM369 each

So, total damage adalah RM1,295.00.. huhu.. x beli lampu lgi ni.. mmg sah kami akn terlebih budget nih..

Kami pilih KDK utk hall & dining area walaupun cuma 4 bilah & warranty nyer setahun jer berbanding Alpha yg warrantynyer 3 tahun sbb kami rasa lbih yakin dgn jenama KDK dan sbb kami minat design nyer, nmpak moden. Panasonic lak wlupun murah ckit tp design nyer x begitu menarik compared with kipas KDK tu.

Utk master bedroom kami pilih kipas 3 bilah biasa tnpa remote dr brand Alpha sbb tu yg plg murah, yer la.. utk bilik jer.. lgpon org kata Alpha pon ok gak.. warranty pon 3 tahun.

Water heater pulak kami pilih Joven sbb water heater kt umah dulu pon Joven jugak, lgipon harga masih dalam budget kami.

So klu ade saper2 yg nk cari kipas, water heater or lampu boleh la consider kedai ni.. mmg harganyer sangat berpatutan. X rugi.. Kalau kt kedai lain, kipas KDK tu msti lbih dr RM250.

Alamat kedainyer kt bawah ni;

HOUSE OF LIGHTING SDN BHD
NO 33 & 35 JLN BPU 6
BANDAR PUCHONG UTAMA
47100 PUCHONG SELANGOR
BUSINESS HOURS TUE-SAT 10.30AM-8PM
OFF DAY MONDAY ONLY

Friday, November 4, 2011

My TTC Journey ~ 4th cycle

On my 3rd cycle I was given 100mg clomid.. da increase 50% dr 1st & 2nd cycle.. and the result.. ade 3 follicles yg dominan. Doctor gave HCG shot on CD14 sbbb size follicle da cecah 18mm.. size matang. Bermula la lg 2WW utk aku..

Menjelang ari ke 27 aku rasa ade harapan sbb selalunyer cycle aku 25 ari jer.. tp on CD29 AF da mula menunjukkan dirinya. Aku rasa kecewa sgt..

So the next day, ari ke-2 bg cycle ke-4 aku pon keO&G clinic lg.. doktor scan perut lak kali ni nk tgok klu2 ade ape cyst or ketumbuhan. Sekali lg doktor sahkan my uterus is perfectly normal & xder masalah to conceive.. cma rezeki jer xder lagi..

Aku mula rasa yg segalanya da hampir mustahil bg aku.. da 3 cycles ngn clomid & hcg shot.. tp tetap gagal jugak.. ada kah lg harapan utk kami..

Saturday, October 29, 2011

Kedai Lampu Murah

Semenjak loan Laguna Biru tu dah diapproved, kitorg mula gila mensurvey perabot, lampu & sebagainya.. ari2 survey kt internet.. pastu bila ade masa survey kt kedai2.. padahal lambat lgi tu nk pindah.. excited jer terlebih..

Petang semalam aku ajak incik hubby gi jln2 tengok lampu & kipas kt kedai lampu yg rmai sgt org ckp murah.. mmg siyes.. murah..murah.. murah...

Kedai ni kt puchong.. nama kedai House Of Lightings..

Aku berusaha bersungguh2 menahan diri dr membeli mane2 lampu.. yer la, sbb lum masanye utk aku beli.. igt bln 12 nti leh la kot beli.. kot2 ade sale lg byk kan time tu. Nak tggu next year tkut nti hrga da mahal lak.. xperla.. klu bln 12 ni da sesuai la kot, sbb ikut pengiraan kami, kami akn dpt kunci dlm bln 2 camtu..

Okeh.. ni dia pics yg aku sempat amik secara curi2 dalam terang..














Sori sgt sbb pics ni sumer terbalik cenggini.. aku pon xtau naper pics ni terbalik.. pdahal kt album aku da rotate elok2.. tp bla upload jd gini.. layan jer la ek...

Nak gi kedai ni? ok.. ni alamatnyer..

HOUSE OF LIGHTING SDN BHD
NO 33 & 35 JLN BPU 6
BANDAR PUCHONG UTAMA
47100 PUCHONG SELANGOR
BUSINESS HOURS TUE-SAT 10.30AM-8PM
OFF DAY MONDAY ONLY






Friday, September 30, 2011

Our New Nest ~ Laguna Biru Apartment

After 2 year of marriage, terasa pulak nak duduk rumah sendiri. Mmg la I already have an apartment in Tun Teja that I rent it out now, but kami rasa x sesuai utk kami stay kt situ atas sbb2 tertentu.. mostly about my past life la..

We started home fund few months ago. Tiap2 bln we dump some amount of money utk kumpul deposit 10% rumah yg kami bakal beli. But judging from the amount yg kami put aside every month & the price of properties nowadays.. ntahla berapa tahun lagi baru kami dpt beli rumah yg sesuai.

1 day a long lost friend, Juliana added me at facebook, my primary school mate.. then when I browsed her profile I found out that she's working as a property agent with IEC Property. Then mulut ni gatal lak menanya ade ker apartment murah2 utk dijual.. sekali Ju kata ada banyak... Aku pon terus la excited.. macam la duit da ckup sgt kan..

Ju pon told me about Laguna Biru, apartment yg terletak berhampiran Tasik Biru, Kundang. Sebenarnye xla jauh sgt dr sungai buloh & damansara.. dalam 10 minit jer nk sg buloh & 20-30 minit utk ke damansara, klu traffic ok.. klu traffic x ok.. x tau la baper jam.. Ala.. klu nak kira jem, mane2 pon jem skrg ni.. lama2 biasa la.. lgpon umah skrg pon jem gak.. tp umah sewa jer.. so, klu jem2 pon tp umah sendiri puas ati beb..

Ju ajak kami gi tengok rumah contoh on 17th Sep ari tu..

Ni la ruang tamu dan ruang makan rumah contoh.. cantik.. i likeeeeee...


Ni lak bilik tidur utama, ada bilik air sekali.. best.. best..

Bilik tidur ke-2..

Bilik tidur ke-3 pon agak besar.. lebih kurang sama ngn bilik kedua..

Dapur.. dapat kabinet dapur & alarm percuma sbb tgh offer.. tp kabinet camne x tau la.. tu SPNB nti buat pas dpt kunci..

Pelan lantai.. kitorg choose type B, keluasan binaan 850 kaki persegi

Ni pemandangan dari luar


Hati sudah jatuh centa!!!! Ju kata bayar RM250 jer utk booking rumah & sebahagian dari 1% deposit.. pastu leh apply loan, pas loan da approved kena bayar RM800+ lagi sebagai balance dari 1% deposit tu.

Sebab kami entitled to 7% bumiputera discount, maka kami cuma perlu bayar total deposit sebyk 3% jer. 1% perlu dijelaskan selepas loan diluluskan utk mendapatkan S&P bgi tujuan pengeluaran duit EPF.. yang lg 2% tu boleh bayar selepas dapat duit EPF tu.. ni kalau loan dapat 90% MOF la.. klu dpt 80% jer, kena la bayar 13% deposit..

Kami pon nekad terus booked ari tu jgak. The very next day kami terus submit loan application. Cuak jugak klu x dpt loan.. tapi mmg da rezeki kami agaknya.. x sampai 2 minggu RHB call kami bgitau loan da approve 90% & boleh datang sign offer letter.. Alhamdulillah...

Jika semuanya berjalan lancar, Insya Allah dalam bulan feb or mac 2012 kami da leh pindah umah baru..

Ini lah bakal rumahku syurgaku bg kami.. wlupun x besar sgt tp ckup la utk kami.. pasni klu ade rezeki nak kumpul duit utk beli tanah kt kg hubby lak..

Friday, August 19, 2011

My TTC Journey - 2WW

Selepas dpt suntikan HCG tu, I assumed that I've ovulated dalam masa 3 ari selepas suntikan tu. Then the 2WW (2 week waiting) began.

Selalunya my cycle dlm 25 ari jer.. kali ni da ari ke 26 pon still no sign of the wicked Aunt Flow. Aku cuba maintain cool, sbb xmo harap sgt kan.. wlupun dlm ati sudah ade berbunga hrapan ckit..

Tapi pd ari ke 27, da ade spotting ckit, I knew la yg AF is announcing her arrival.. tension tol..

Pada ari 28 dia pon dtg seperti biasa.. dan aku seperti biasa geram jugak, tp idak ler kecewa menonggeng lak. After all, ni kan bru 1st cycle kitorg buat treatment kan..

Unfortunately, cycle ni xleh buat treatment due to Ramadhan. Klinik O&G Hospital Selayang mmg tidak mnjlnkn rawatan kesuburan kepada pasangan muslim di bulan puasa atas sbb2 tertentu. Kami terpaksa la akur wlupun rsa kecewa sbb cycle ni terbuang jer..

However, kitorg akn try seperti biasa even without the help of clomid & HCG shot.. nak x nak, idup mesti diteruskn kan..

Tuesday, August 2, 2011

Lelaki Lebih Ramai Dari Perempuan - Fakta

Saper cakap pempuan lagi ramai dari lelaki? Saper cakap???

Sebenarnya berdasarkan keputusan Banci 2010, kaum lelaki lebih ramai dari kaum pempuan kt Malaysia nih. So, mane2 lelaki yg duk ckp kena pasang 2-3 tu sbb pempuan lbih ramai adalah tidak benar!

PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.


Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini, Rabu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.

Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Nor Mohamed berkata laporan terperinci mengenai bancian itu merangkumi kedudukan demografik, kelahiran, umur, jantina, etnik, bandar dan luar bandar pula akan dimaklumkan mulai Julai tahun depan.

Katanya Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus.

Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.

Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk.

Nor Mohamed berkata penurunan kadar pertumbuhan penduduk adalah sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara maju lain disebabkan beberapa faktor termasuk tumpuan kepada kerjaya.

FAKTA PENTING..!!

Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding 3 peratus pada tahun 2000.

Pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju," katanya.

Ibu Khairul Fahmi Anggap Tiada Jodoh

Ni plak penjelasan dari ibu KFCM..


KOTA BHARU: Ibu penjaga gol sensasi kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, menyifatkan keputusan anaknya memutuskan pertunangan dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, sebagai takdir.

Bidah Ibrahim, 53, berkata jodoh anaknya dengan Elia tidak kesampaian kerana mereka tiada jodoh.

“Tidak ada apa yang perlu diperbesarkan (mengenai hal putus tunang itu).

“Jika pertunangan mereka hanya setakat ini saja, saya anggap mereka tiada jodoh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, di sini, semalam.


Bidah mengulas keputusan Khairul Fahmi atau popular dengan panggilan Apek memutuskan pertunangannya dengan Elia selepas bertunang pada 17 Mei lalu.

Semalam, Metro Ahad melaporkan di sebalik kecemerlangan menjaga gawang gol, Khairul Fahmi memendam rasa sehingga memutuskan pertunangan dengan Elia. Khairul Fahmi turut menafikan kemelut itu berlaku angkara orang ketiga iaitu seorang gadis dikenali dengan nama Dahlia.

Menurut Bidah, sehingga kini, dia belum berhubung dengan keluarga Elia dan menyerahkan kepada Khairul Fahmi untuk menyelesaikan masalah itu.

“Tidak banyak boleh saya perkatakan kerana semuanya saya serahkan kepada Khairul Fahmi.

“Saya memang tahu anak saya dan Elia ada sedikit masalah, tetapi tidak mahu mencampuri hal mereka dan yakin Khairul Fahmi bijak menyelesaikan masalah dan mampu membuat keputusan yang tepat,” katanya.


Bidah berkata, dia tidak tahu mengenai dakwaan kemunculan orang ketiga yang menggugat hubungan anaknya dengan Elia, malah tidak mengenali siapa Dahlia seperti dilaporkan akhbar.


“Saya pun dapat tahu cerita mengenai dakwaan (kemunculan) orang ketiga dan (kemunculan) nama Dahlia itu menerusi akhbar.


“Apapun, saya tidak dapat menjelaskan situasi sebenar kerana segala persoalan, Khairul Fahmi saja yang boleh jawab, lagipun buat masa sekarang dia tidak bersama keluarga kerana sibuk dengan kerjayanya,” katanya.-metro

Khairul Fahmi & Elia - Angkara Orang Ke-3

Aku terpanggil nak share psl ni.. sbb rasa sian kt si Elia ni.. xper la dek yer.. anggap la da xder jodoh.. & anggap la ni sebenarnye a blessing in disguise..
Jika benarla mereka berpisah, nampak nye sorang lgi menurut jejak langkah Mawi, yg amik keputusan utk putus tunang pas da jadi STAR..


Ni citer dalam metro ri tu;


KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.


“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.


p/s: dapatkan senaskah HMetro utk membaca selanjutnya tentang pengakuan ibu KFCM tentang isu ini.

credit sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/2011080100314320110801003143/Article

Saturday, July 30, 2011

My TTC Journey - HCG Shot

On Friday 29th July 2011, we went to Hospital Selayang to do the follicle scanning on CD 10 (ari ke 10 period).

Tujuan scan ni adalah untuk monitor perkembangan follicle atau telur selepas pengambilan clomid. Clomid akan meransang pengeluaran telur, so doctor perlu monitor samada ade pengeluaran telur atau tidak, & jika ade, doctor nk monitor perkembangan size nyer.

Malam tu aku survey2 jugak blog2 citer psl clomid & follicle scanning.. ade jugak yg berjaya mnghasilkn telur yg elok wlupun ngn dos clomid yg rendah.. ade jugak yg xdpt hasilkn telur wlupun dos plg maximum. Ni buat aku cuak & risau.. risau klu scan2 tgok xder ape2.. sedih la.. tp incik hubby ckp, klu xde telur kali ni, next cycle leh cba lg ngn dose lbih tggi.

Sbb ni cycle pertama, doctor bg dos plg rendah jer, 50mg utk permulaan. Aku pn x pasti berkesan ke x, sbb mane la aku tau ape jd kt dalam tu kan..

Pas tggu baper lama, doctor pon pnggil masuk n suh baring kt atas katil tempat nk scan tu. Aku da bersedia mental utk terima berita buruk.. Sekali dgr doctor ckp.. 'Ni ada 1 yg besar.. kt sebelah kanan'. Aku terus rasa bersyukur sgt.. ilang da kebimbangan ckit..

Doctor scan sebelah kiri ovari lak, dia kata ade few eggs, tp x ckup besar lgi.. tp sbb they need 1 egg jer, so yg sebelah kanan da ade yg bersize 18mm.. da ckup la tu utk cycle ni. Doctor kata telur dianggap bersaiz sesuai utk ovulation adalah dalam size 18-23mm.

Doctor pon arahkan nurse utk beri suntikan HCG, iaitu sejenis hormon yg akan memaksa the follicle to rupture atau sng citer, telur tu menetas dan keluar ke tube fallopian utk disenyawakan.

Selepas suntikan ni, doctor kata ovulation akan berlaku anytime dlm masa 12-36 jam dr masa suntikan tu. Doctor kta untuk meningkatkn peluang hamil, kna la buat apa yg patut dalam masa 3 ari tu.. wink wink..

Sehari lepas suntikan tu, aku rasa agak x selesa kt perut.. rasa cramp mcm nk period tu.. aku pon xtau apa yg jadi sebenarnye, tp hrp2 la tu tnda ovulation..

Aku berharap kali ni berjaya la.. tp jika x berjaya, xper la.. kami redha dan akn cuba lagi..

My TTC Journey - 2nd Visit to OB-GYN

After the HSG test, I was scheduled to see the gynae on 14th July 2011. Hubby pon buat sperm test at Path Lab sbb kt Hospital Selayang xder slot until after raya nti.

Kali ni doctor lain yg review, friendly la ckit dr doctor ri tu..

Doctor kata result sperm hubby tu ok, cma dia dimnta kurangkan smoking klu nak lagi ok. Dia jugak kna mkn vitamin e & c.

As for me, doctor kta xder msalah besar sbb sumer ok except for sedikit homon imbalance jer. So, dia prescribe la Clomid (Clomiphene) utk merangsangkan pengeluran telur.. bkn telur ayam yer dek non..

Clomid tu kena mkn dr ari ke-2 period hingga ari ke 6. Thn pda ari ke 10  period aku kena datang untuk follicle scanning or scan telur.. ha.. telur pon leh scan.. jgn main2..

Sunday, July 17, 2011

Vanilla Ice Cream

Balance dari whipping cream utk buat choc mousse cake tu ade lg setengah kotak @ 500ml. Cream ni bkn leh simpan lama2 klu da bukak. So dari rosak & terbuang jer, aku pon kreatifkan diri aku utk buat sesuatu ngn cream yg balance ni.

First thing that came into my mind is a no bake cheesecake. Aku mmg minat chilled cheesecake ni. Tapi ade 1 masalah... cream cheese xder lak.. & aku sangat malas nk trun tangga, start kete ke kedai auntie Bake Well kt Sri Gombak tu. So, the next best thing is homemade ice cream.

Aku google resepi kt websites, akhirnya aku ubahsuai resepi2 tu dan dapatla resepi ni;

Vanilla Ice Cream

Bahan2:
500ml whipping cream
2 cawan gula icing
2 biji telur
250ml susu segar
2 sudu besar serbuk gelatin halal
Setengah cawan air
4 sudu besar esen vanilla

Cara:
Panaskan air dengan cara double boiling, taburkan serbuk gelatin ke dalam air dan biarkan hingga gelatin kembang & cair
Setelah gelatin cair dan sebati, masukkan susu segar dan kacau sehingga mendidih sedikit
Masukkan telur yg telah dipukul, kacau sebentar sampai pekat ckit. angkat dan sejukkan.
Putar whippin gcream sehingga kembang, bila da stiff & klu angkat besi mixer tu cream da xmenitik lagi. Masukkan gula icing dan esen vanilla dan putar hingga sebati.
Masukkan campuran, gelatin, susu dan telur ke dalam whipped cream. Putar hingga sebati.
Beku kan.

Adunan ice cream yang belum dibekukan

Da siap.. menjadi ice cream ku..

Kalau nak sedap lagi, pecah2kan biskut oreo dan tabur atas ice cream.. lalalala.. layan..

Chocolate Mousse Cake For Kimie's Birthday

15 Julai 2011, tarikh ulang tahun kelahiran Hakimie yg ke 14.Da besar & handsome da budak ni.. ish2.. anak saper la yg handsome sgt ni kan...

Sebab aku tgh giler buat kek skrg, maka aku dari awal2 lg da berkira2 nk buat sendiri birthday cake utk dia. Kali ni dia mintak Choc Mousse Cake lak, dia xnk Red Velvet.. da boring kata nya.

Kek ni aku buat ikut resepi kt cni.. http://yanascarlett.blogspot.com/2011/01/chocolate-mousse-cake.html

Cuma kat toppingnye aku ubah, aku guna topping fresh cream instead.. & aku x buat white chocolate mousse.. nak keje sng jer kan...

Selepas kek da siap dan disimpan dlm fridge selama 1 mlm, I then ice the cake with the fresh cream topping. Fresh cream ni boleh dibeli di kedai jual brg kek. Peket kecik jer, cma tinggal putar sehingga kembang dan stiff, tidak menitik. Masukkan 1 cawan gula icing dan putar lgi.

Ratakan icing..

Lekatkan sticker ikut suka ati.. nak cari sticker Man U, tp kedai tu xder lak..

Hampir siap..

Da siap...

Hidangan sederhana utk sambutan birthday Kimie.. buat utk family jer.. selain dari kek, aku buat pasta spiral goreng & potato salad.

Kimie.. happy la tu potong kek Upin & Ipin tu.. nampak tak 2 org yg kecik tu.. 2 org tu da aim sticker tu awal2 lgi...

Memang penat, tp berbaloi sbb Kimie happy & dpt kumpulkn mak n my adik beradik mlm tu at my home.. jrg dorang dtg lepak2 camni.

Monday, July 11, 2011

TRAGEDI 9 JULAI 2011 - BERSIH 2.0

Tanggal 9 July 2011 telah membawa 1 sejarah baru kepada Malaysia.

Perhimpunan oleh parti2 politik negara ini adalah untuk mengemukakan 8 tuntuan mereka terhadap pihak yg berkenaan. Pada yang masih belum tahu apa 8 tuntutan tersebut, jom skrol ke bawah;

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

I have to say, some of these 8 claims are logic and relevant. With or wothout Bersih 2.0, SPR's task is to ensure the voting process is smooth & free from anything that can lead to any suspicions.

Bagaimanapun, I don't agree at all with the street rally or demonstrasi jalanan or perhimpunan haram, be it perhimpunan secara aman or tak aman. It's not suppose to be our culture, memberontak sebegitu, sambil menggunakan kanak-kanak yang masih putih minda nya sebagai human shield. It was so low!

What kind of parents la dorang ni jika sanggup membawak anak2 kecil untuk sama-sama menyertai perjuangan yang mereka sendiri tak pasti akan berakhir dengan aman atau sebaliknya.

Both sides, pihak yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 dan juga pihak kerajaan perlu sama-sama amik iktibar dari apa yang berlaku pada 9 Julai 2011 ni. Masing2 perlu amik mane yg betul dan baik utk dijadikan iktibar dan buang segala yg salah & buruk jauh-jauh.

Pihak Pakatan & peserta Bersih 2.0, find a way to channel your demands. And please bear in your smart minds that not all demands can be entertained. Just look back to your childhood days, I'm sure that there were times when your parents denied some of your demands, but did you protest in front of your neighbourhood?

If you can't remember those days.. what about those demands & expectations that you have towards your employer & your spouse? Did they entertain all the requests?

So, grow up.. life is not just about getting what we want. Life is about trying to live when things are not going according to our ways & hopes!

Bagi pihak kerajaan, they have to learn to listen to the voices of Malaysians. Learn to respect the rakyats. Without your subjects, you wouldn't have your kingdom. Do a self-check to find out what are actually bugging the people.

Lastly, both sides.. please, please understand there is 1 more group (maybe the biggest group) which prefers not to be involved with all these chaos. I am one of them. For me, life is short.. why would I want to waste my short life for this thing.. all I care for is to live my life peacefully with my loved ones.

So please, respect our rights to live in a peaceful country.

Sunday, July 10, 2011

Branded.. Atau Mangsa Jenama?

Cuba lihat pergelangan tangan anda.. jam jenama apakah yang anda pakai?

Benarkah jenama mencerminkan keperibadian?

Secara peribadi aku anggap diri aku bukanlah orang yang mengutamakan jenama. Apa jer yang aku rasa cantik, sesuai kat mata aku & kat poket aku, aku sambar jer la. Simple kan aku.. hehe.. simple a.k.a. kurang mampu kot..

Berbalik pada soal jam tangan, aku jarang pakai jam tangan.. tp aku mmg ade lbih dari 3 jam tangan. Ade yang org bagi & ade yg aku beli sendiri. Rasanya jam tangan aku yg paling mahal yang pernah aku ade, ialah jam Orient yg berharga RM200+. Ni adiah dari mak aku sempena keputusan SPM aku yg agak baik dulu. Tapi sayang, bru baper bln aku pkai, jam ni ilang. 3 ari wo aku pikir camne aku nk bgitau mak aku.. hehe.. Pas pada tu, jam aku biasa2 jer, cma ade 1 jam yg aku bli sndri, jenama POLO, yg ni RM99 masa aku beli dalam 7-8 tahun lepas. Jam2 lain mostly dari Vincci, Bonita or pasar malam. Kebanyakan masih elok, cma bateri da kong.. da sbb tu la aku x pakai jam skrg, sbb jam Vincci yang incik hubby beli tahun lpas da abis bateri, nak gi tukar bateri aku lupa jer la. So, mmg duk dalam handbag jer la jam tu.

Aku juga suka handbag.. I'm a handbags freak! Teringin gak nk pakai handbags jenama2 cam Guess, Gucci, Dolce & Gabbana & lain2 tu. Tapi sbb duit ado pon mcm x hado kan.. so, terpaksa la berpuas ati ngn POLO, F.Timber or brand pasar malam jugak.. :(

Utk skincare & make-up aku pon hentam jer.. xde la nk kena pakai yg branded jer.. prinsip aku sng jer.. aku pkai brg mekap mahal2 pon muka aku camtu la jugak.. x pulak bertukar jadi muka Erra Fazira or Nasha Aziz..

Tepuk dada tanya selera.. ada org x pandang pada jenama, tp lebih mementingkan menabung utk hari tua atau mengumpul fixed aset mcm rumah or hartanah or kereta. Ader yg biar papa asal bergaya.. dri ujung rmbut sampai ujung kaki, baik make-up, pakaian atau kasut mesti berjenama mahal yg kadang2 sipemakai sendri pon berelit lidah nk sbut nama brand tu.. tp sumer tu dibeli guna kredit kad & masih x memiliki rumah sendiri walaupon umur da 30an.

Anda sendiri macamane? Memang mampu jadi org yang 'branded' atau mangsa jenama?

Monday, July 4, 2011

Make-up Items

As as woman, I love to look presentable.. kalau boleh I want to look beautiful all the time.

And da nama pon pempuan, maka aku xleh nk lari dari hobi menggunakan barang make-up.

Ni brg2 make-up yg aku guna selalu.. hehe.. sebenarnya yg eyeshadows & mascara tu x guna ari2.. nanti lambat gi keje..


Basic mesti la cuci muka, then pakai toner, eye cream & moisturizer, pastu I will put on sunblock ckit. Ni perlu yer.. sbb penting utk protect kulit muka kita dari UVA & UVB. 1 tip that i got from the magazine, choose higher SPF with more PA ++ sign.. lagi byk ++ lgi bagus. Pilih yg at least ade 2 ++. I swear by this 1, Biore Face Milk SPF 50 PA+++ (see, mine ade 3 +). It's waterproof & can regulate oil production as well.


Untuk foundation lak, I have used few brands.. but my favs are Revlon Colourstay & the 1 that I currently use, Stage Photo Pro Foundation no 07. 2-2 foundation ni mmg bagus n lasting.. & x membocorkan poketku.


Selepas foundation, dab ckit concealer kt bwh mata or kt mane2 yg ade parut2 yg nak di cover.. tp selalu aku abaikan step ni klu nk gi ofis.. Ni klu nk jln2 or nk gi kenduri2 kna la pakai.. bru og tgok flawlessnyer.. padahal sebenarnye da tepek concealer ni cover mane2 yg perlu di cover tu. I use elianto cream concealer medium colour (01).


Pas tu dab ckit loose powder kt muka & then guna brush utk ratakan loose powder ke seluruh muka. I use Elianto Natural MIneral Loose Powder in Rose Beige. Ni colour yg no 2 cerah. SA kt elianto tu kata ni yg sesuai ngn my skin, so beli jer la.



Ni step yg aku selalu skip.. Eye shadow primer. Primer ni utk memprepkan mata sblum sapu eye shadow, sekaligus akan membantu memekatkan warna eye shadow kita. Ni aku beli kt Sinma jer. Aku cma akan guna ni bila nk gi majlis or bila rasa gatai nk mekap beria.. pnh gak mekapkan sepupu kawin dulu, mmg guna bnda ni la.


Eye shadows favourites.. Yg Rimmel brown palette ni mmg aku ska sgt, sbb complete klu nk guna n klu nk travel bwk ni jer da ckup.. yg Elianto silver & silver black tu klu utk buat ala2 smokey or just nk bg ckit shimmer jer..

Yang palette byk2 colour tu, aku beli online.. nama nye 88 Warm Palette. Konon2 cam Coastal Scents la ni.. tp Coastal Scents mahal.. yg ni murah jer.. Wlupun murah, ok la aku rasa utk mekap bila nk ke majlis or sajer2..

Eye shadows ni mmg aku x pakai ari2 sbb leceh la klu nk gi keje..



Ni lak Eyeliner & mascara.. Mascara pon aku x pakai ari2. Sbb utama adalah kerana aku rasa mcm x perlu kot nk pkai mascara gi ofis.. then, sbb nk jimat mascara (hahaha.. jimat melampau ni).. last sekali, sbb aku rasa sgt leceh utk tgglkn mascara yg waterproof ni.. nti kena guna byk eye make-up remover.. x jimat la camtu..

Eyeliner on the other hand is so important to me. Ni adalah brg make-up yg wajib aku guna ari2.. di ulang suara.. wajib guna. Asal jer nk kuar dr umah, mesti pkai eyeliner.. klu x pakai aku rasa cam muka x siap jer.

Skrg aku guna MAC & Silky Girl black eyeliner.. x black x boleh ok!


Blusher pon aku pakai ari2.. konon2 nk bagi nmpak fresh la kan.. Skrg aku guna Elianto nyer blusher yg colour peach.. ni beli sgt la murah.. cma RM7 sahaja! Da dkt setahun ni aku beli..


Last but not least, Lipstick & gloss. I'm a fan of light pink or buff colour. Rasa cam comel jer klu pakai kaler2 camtu. Lipstick merah cili mmg bkn utk ku.. wlupun tgok org len pkai cam cntik, tp aku still shy away from that colour.

Lipstick ni yg aku gna skrg, Rimmel Colour Show Off Lipstick in Pink Excess. Ni agak terang ckit.. sbb tu aku kna pakai gloss Silky Girl in Barely Nude utk jadikan kaler nyer pink lembut. Kdg2 aku cma pakai gloss jer.. mybe bcoz my eyes are big and my eyebrow agak lebat, so i like to tone down my lip colour.


Ni salah satu ekperimen aku..


Nanti kita citer pasal skincare pulak yer..

My TTC Journey - HSG Test

1st July 2011

My HSG test was scheduled on 1st July 2011, but I still have to confirm with radiologist the actual date. Pas AF datang melawat, I terus called them to confirm the appointment on 1st July tu.

Setelah da confirm date.. I refused to check any websites yang ade citer psl HSG test ni. Aku nak bertenang.. kang kalau aku baca2 byk sgt info aku jd stress.

Pada malam sebelum procedure tu aku diarahkan utk makan 8 biji prednisolone.. bagitu jugak pada pagi masa nk buat procedure tu. Prednisolone ni sebenarnya adalah sejenis steroid, & aku diarahkan utk makan sbb I have a lot of allergic history so kena prep ngn prednisolone ni supaya xder la allergic ngn cecair dye yg akan dimasukkan tu..

I went to the hospital with hubby, lama jugak la kami tunggu.. sempat lg gi sarapan kt cafe hospital tu. Then tunggu lagi kt unit radiologi tu.

Bila sampai my turn, they asked me to change into the procedures/surgery robe.. ala.. yg ade tali2 ikat tu. Dan aku dengan kesengalan gi pakai tali tu kt depan.. siap ikat sumer tali2 tu.. pastu jln terpegang2 takut trnampak yg dalam.

Sekali nurse tu ckp.. 'Kak.. baju ni kena pakai ke belakang tali tu..'

Haha.. aku sengih jer la.. then masuk blik changing room tu. Kuar dr changing room tu da trpegang2 baju bahagian belakang.. hahaha.. sib baik sumer pempuan dalam tu..

Then aku diarahkan baring atas tempat utk procedure tu. Masa tu rasa takut sgt2..

Doktor pempuan melayu tu then dtg & briefly explain about the procedure to me. Dia kata maybe akan rasa tidak selesa ckit sepanjang procedure tu, tp dia akn cba utk pastikn tahap tidak selesa tu plg minima.

Speculum akan dimasukkan utk memudahkan proses memasukkan tiub getah/plastik yang akan menyalurkan cecair dye ke dalam uterus & tiub fallopian. Cecair dye tu tujuannye utk membolehkan imej x-ray dirakamkan oleh x-ray machine.

Selepas itu, the doctor told me that she will inject the dye into my uterus & it might cause some cramping or spasm. Dan doktor juga bgitau utk tarik nafas & lepas perlahan2 jika sakit.

To be honest, mmg sakit bila dye tu diinject masuk.. rasa cramping mcm period pain tu.. & cramping yg agak kuat jugak aku rasa, sampai aku cakap sakit kt doktor tu. Sakit tu dlm few minutes jer.. then aku disuruh pusing ke kanan utk x-ray tube sebelah kanan.. pastu pusing pulak ke sebelah kiri utk x-ray tube kiri.

Masa tu mmg rasa senak and cramp ckit.. terasa cecair tu travel ke kanan & ke kiri.. tp xla sesakit masa mula2 doktor inject masuk cecair tu.

Doktor kemudian tunjuk pada monitor, I can see my right tube. Doctor said the dye travel well through the tubes into both ovaries, bermakna tiada blockage whatsoever in my fallopian tubes. Alhamdulillah, sekurang-sekurangnye aku da tau yg uterus & fallopian tubes aku normal, xder tersumbat atau apa2 ketumbuhan yg boleh menyukarkan chances to get pregnant. So, cuma masalah ketidakseimbangan hormon saje yg perlu dirawat sekarang.

Ni gambar HSG test bg result yg normal.. tp ni bkn my test result, ni aku amik dr web lain;

Selepas procedure tu selesai, aku dibenarkan balik kerana xder sebarang komplikasi. Doktor x bagi ape2 ubat, tp she did pesan maybe akn ade ckit spotting, tu mmg normal tp jika ade sakit yg melampau or bleeding yg luar biasa, aku kena segera ke emergency room utk rawatan lanjut.

Selepas tu dalam masa beberapa jam aku masih rasa senak dan x selesa di bahagian abdomen. Hubby panaskan tungku elektronik yg dia belikn dulu tu utk aku guna.. lega la ckit rasanya. By evening, da ok da.. da siap leh gi jalan2 lagi pastu..

So, 14 July nti bru tau apa treatment yg doktor akn buat.. tunggu...

Wednesday, June 29, 2011

Samsung Galaxy Mini

Ari ni da almost a month I've been using this cute lil' android baby.. so, I think it's about time la to give out some review kan..

Overall, I'm loving it.. like really, really loving it.. It's like I have my internet connection with me 24/7.. bila dan di mana jua..

For full phone specification, you may refer to this website; http://www.gsmarena.com/samsung_galaxy_mini_s5570-3725.php

The screen size of 240 x 320 pixels, 3.14 inches.. it's actually not so MINI at all. It's bigger than Samsung Galaxy 5 or LG Optimus Me. Senang cakap, it has biggest screen compared to any other starter level android phones.

The camera also memuaskan ati.. with the 3.2 MP, what else you can expect.. at least can still take a decent photo. I know with such price, they have to cut cost at some other things, & 1 of it is the camera. But I have no complaint, I'm fine with camera.. I'm not a professional photographer after all.

The speaker.. ok, still within my expectation. I still put it on moderate volume all the time.. xmo org lain terganggu beb..

Applications.. mmg sgt2 suka.. macam2 da ku install.. dr Facebook sampai la ke games. Da nak penuh da 4 page kt screen saver tu ngn segala applications yang ku download.

Browsing websites also memuaskan, setakat nak cri apa2 info tu ok la lagi.. Nak berfacebook ker, chatting ker.. sumer boleh. Yang paling aku suka, I can do internet banking transaction from my mini android! So, nak transfer duit online ke apa ker, xyah tggu smpai blik umah, dlm kete pon I can do it.. yey!

The downsides lak..

The battery is not so tough.. jap jer da nak kena charge.. yg ni mmg buatkan aku rasa agak geram. Tp when I asked my fren who is using Iphone, dia kata sama jer la.. klu da smartphone tu mmg la cepat abis bateri.

Cannot do video calls.. ok.. this an entry level smart phone.. so, sesuai utk org yg suka go online but don't have big budget to splurge on handphones & gadgets. Kalau org yg suka nk bergayut sambil tgok gambar live org yg sdg berbual ngn anda, mmg handphone ni bkn utk anda.

Tu jer kot yg kurang pada mata aku.

Dari segi rupa lak.. it looks sleek & smart.. ni my opinion la yer.. klu org len rasa buruk, x tau la.. tu mata dorang.. mata aku tgok cun ajer..

Ni photo phone ni yg I got it from GSM Arena's website..


Showdown 2011 - Semi Final

Malam tadi semi final Showdown 2011.. as usual aku mmg da terpacak depan tv nak tgok 2 crews yg aku minat.. non other than ECX & Bounce Stepperz..

Bounce Stepperz's show last night mmg best ok! Kagum aku tgok dorang..

ECX on the other hand, kind off mengecewakan.. well.. not to say they were bad.. they were good actually, very entertaining.. but, the show was a lil not suitable for a dance competition.. let alone a semi final dance competition!

Itu just my 2 cents la kan..

So, the verdict was out.. all top 4 crews are going to the final! Well done!!

P/S: I was shocked to find out that Hunny Madu is actually Hafiz's lil sister! Ke aku yg mmg x tau citer ni... hmmm..

Saturday, June 25, 2011

New Oven

Sabtu - 25 Jun 2011, 2pm.
Sewaktu aku nk bakar cupcakes yg ditempah oleh customer ku utk birthday party esok, bru aku sedar oven kesayanganku tu da x berfngsi.. puas da aku on off byk2 kali.. cabut plug then plug in balik.. pon x berhasil..

Buntu2.. sakit ati pon ade.. apa la nasib aku minggu ni.. few days ado kete kena curik.. ni oven lak buat hal.. haih..

Mengenangkan brg2 kek da beli & kek pon aku da bncuh.. maka aku nak x nak kena la jugak beli oven baru. Huh.. mcm nk gi ganti selipar putus jer kan.. dan dan tu trus gi bli oven baru..

Aku mtk incik hubby mnjlnkn operasi mencari oven.. aku tggu kt umah sbb nk cpat. Cupcakes2 ni da menanti utk di bakar jer da.. huhuhu..

Sampai ke Selayang Baru rupanye misi pencarian incik hubby. Xperla.. janji dpt oven.. kt mane pon aku x kisah la..

Tadaaaa.. dia beli oven Elba.. harga murah jer, cuma RM140.. kapasiti pon besar la ckit dr kapasiti oven lama tu.. berbaloi la aku rasa..

BCW 919 dalam kenangan

Dalam pada aku happy2 sbb dapat kenaikan gaji tiba2 ada malang menimpa aku.

Pada 22 Jun 2011, 9.15 mlm aku dapat kol dari hubby aku yang lum balik keje lgi. Dia ckp ade berita buruk.. aku igtkn kete saga aku tu rosak lagi ker. Tapi rupanya worse! Dia cakap, kete ilang..

Aku xtau nk ckp apa masa tu.. yg aku sedar, aku menangis. Aku trkejut sgt2.. & mcm x leh nk terima berita tu.

Malam tu jugak kami bergegas ke balai polis pas hubby sampai dr ofis. Sib baik ade kwn ofis dia yg sggup antar dia ke umah.

BCW 919 ni adalah kereta Proton Saga auto 1989.. aku beli in 2002.. & it was my 1st car.

Sejak pas kawin, incik hubby suh aku bwk kete dia sbb dia bimbang klu saga tu buat hal time aku tgh drive. So, incik hubby la yg bwk saga aku tu bla dia nk gi keje. Tapi aku mmg syg sgt kete tu wlupun aku da xpakai da.

Da takdir, BCW tu cma ade dgn aku dr 2002 hingga Jun 2011.. aku redha jer.

Kenangan aku ngn dia.. in 2007, malam 31 Ogos 2007.